Kaw

“Trauma Dengan Kisah Putus Tunang Ramai Selebriti” - Uqasha Senrose

Alexander Hadreez Jr
07/03/2018
02:52 MYT
Lebih setahun menjalinkan percintaan dengan pelakon dan juga pengacara Hefny Sahad, aktres Uqasha Senrose mengaku masih ada lelaki hidung belang yang cuba memikat dirinya dengan menabur janji manis.
Menyifatkan situasi itu sebagai ujian di alam percintaan, Uqasha, 25 bagaimanapun enggan melayan godaan berkenaan kerana cintanya tetap utuh buat bekas pengacara program Muzik-Muzik itu.Enggan terjebak kontroversi.
“Memang ada yang cuba mendekati untuk memikat, walaupun tahu saya sudah berpunya. Saya cuma buat tidak tahu. Memang saya tidak akan layan kerana enggan lagi terjebak dalam kontroversi yang boleh menjejaskan percintaan kami dan reputasi diri,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!
Barangkali disebabkan masih belum mempunyai sebarang ikatan membuatkan Uqasha terus menjadi buruan lelaki.Belum ada tanda pengikat
Iyalah, jika di jari manis pelakon drama rantaian Hero Seorang Cinderella itu ada cincin sebagai tanda diikat tentunya ia seperti satu amaran daripada Hefny bahawa aktres jelita itu bakal menjadi miliknya yang sah.
Pun begitu, sehingga ke hari ini, masih belum nampak tanda-tanda keduanya mahu memeterai percintaan mereka itu dengan majlis pertunangan walaupun mereka pernah menguar-uarkan perkara itu tahun lalu. Apakah yang membuatkan pasangan ini menangguhkan perkara itu?Trauma dengan keadaan sekeliling.
Mengulas lanjut perkara itu, pemilik nama lengkap Nik Zaris Uqasha Nik Sen ini berkata bukan niatnya mahu bermain tarik tali atau tidak yakin dengan perhubungan yang terjalin, cuma impian suci itu tertangguh disebabkan trauma melihat situasi putus tunang yang berlaku di kalangan selebriti.Hubungan seperti biasa.
“Memang ada usaha ke arah itu, tetapi kami belum memutuskan bila majlis itu akan berlangsung. Kami belum mendapat tarikhnya. Jangan silap faham kerana tiada apa yang berlaku dalam hubungan kami.
“Melihat dugaan ketika alam pertunangan yang dilalui beberapa selebriti sebelum ini, membuatkan saya takut. Lebih gerun memikirkan sikap netizen yang gemar mengecam tanpa mengetahui cerita sebenar.Tunggu tarikh sesuai.
“Disebabkan itu, sehingga ini, kami masih belum memutuskan tarikh sebenar untuk mengikat tali pertunangan,”kata Uqasha, merungkai persoalan yang masih menjadi teka-teki ramai.
Mengulas perjalanan hubungan mereka, Uqasha berkata, ia masih berjalan seperti biasa. Cuma ketika ini, mereka jarang berkesempatan untuk bertemu kerana dia sibuk di lokasi penggambaran, manakala Hefny sedang mengerjakan umrah.
Related Topics
Must-Watch Video
Laman Utama

Giliran Ustazah Asma’ Harun Tegur Aksi ‘Soft Porn’ Pasangan Selebriti - “Itu Perbuatan Maksiat Yang Berat!”

gempak
25/09/2023
08:55 MYT
Semoga menjadi pengajaran.
Laman Utama

Johan & Ozlynn Wati Sambut Kelahiran Anak Keenam, Cetus Teka-Teki Netizen - “Aik Bilanya Ozlynn Pregnant?”

gempak
05/09/2021
05:03 MYT
Pandai sorok.
Laman Utama

“Saya Kat Rumah Ibu Ni Sayang..” - Terkantoi, Yusuf Bahrin & Zizi Kirana Ada Apa-Apa Ke?

gempak
02/09/2021
23:42 MYT
Ehh comelnya nak cover balik. haha
Laman Utama

“Itu Bukan Baby Bump” - Jawab Komen Hamil, Ernie Zakri Aminkan Doa Orang Ramai

gempak
14/06/2021
04:28 MYT
Semoga dimurahkan rezeki.
Laman Utama

Muat Naik Foto Awan Dengan Kapsyen ‘Hope’, Netizen Doakan PU Riz Tabah & Kuat - “Di Sebalik Awan, Ada Mentari Bersinar”

gempak
02/06/2021
06:38 MYT
Pasti ada maksud tersirat.