,
Kaw

Tuah Kahwin Doktor

Mohamad Bakar
30/05/2017
06:57 MYT
Untung jadi Lufya Omar kerana berkahwin dengan doktor kacak bernama Che Muhammad Hafiz Che Baharom. Jadi selepas disahkan hamil memasuki usia empat bulan, segala gerak geri dan tindak tanduknya diperhatikan suami tercinta yang sangat mengambil berat serta memahami.Lufya dijaga penuh kasih sayang.
Malah kerana sudah berbadan dua, Lufya atau nama penuhnya Lutfyah Sheikh Omar ini juga terpaksa menolak banyak tawaran seni dan lebih disarankan berehat di rumah. Kali terakhir Lufya terikat dengan projek seni ialah penggambaran program Romantika Astro di mana dia dan suami ke Thailand.
“Ada juga yang cakap bertuah berkahwin doktor kerana perhatian itu lebih diterima terutama ketika berdepan kesakitan atau hamil. Tak saya nafikan hal itu memang perhatiannya lebih kerana dia ada kepakaran.Tidak bagi kerja berat.
“Malah suami pun tak benarkan saya buat kerja berat dan lasak lagi. Nak mop lantai pun tak diizinkan. Dia pun ambil tahu ubat apa yang saya ambil dan sarankan ubat itu dan ini. Pendek kata semua segilah dia jaga.
“Seronoknya saya juga dapat meluangkan masa dan beribadat bersama suami di bulan Ramadan,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!Belum tahu jantina bayi.
Ketika ini kata Lufya, dia belum mengetahui jantina bakal anaknya.
“Ikutkan saya sendiri impikan anak lelaki dan suami pula inginkan anak perempuan. Pernah terjadi ketika kami singgah ke kedai kelengkapan dan baju bayi, suami saya akan meluru ke bahagian anak perempuan dan saya pula sebaliknya,” katanya.Mempromosikan koleksi Raya Lulu And Ken.
Selain itu, Lufya turut sibuk mempromosikan koleksi raya sedondon lelaki dan perempuan di bawah nama Lulu and Ken.
“Sambutannya pun cukup menggalakkan. Lebih senang suami pun memberi sokongan. Dia pun siap jadi model untuk koleksi ini.
“Nama Lulu itu panggilan manja saya manakala Ken itu pula diambil daripada nama patung lelaki Barbie. Oleh sebab suami saya sering dianggap seperti Ken, maka di ambil nama berkenaan sebagai inspirasi,’ katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Berita

TikToker Ali Abulaban Rasa Tidak Adil Dipenjara Seumur Hidup Kerana Tembak Isteri

gempak
07/09/2024
15:55 MYT
Bekas TikToker Ali Abulaban dipenjara seumur hidup selepas didapati bersalah menembak mati isteri dan rakan lelakinya hanya kerana menyangka mereka menjalinkan hubungan sulit.
Hiburan

Masih Solo Di Usia 41, Luna Maya: “Kahwin Tidak Akan Sempurnakan Hidup Saya”

gempak
07/09/2024
13:55 MYT
Meski diketahui sedang hangat bercinta dengan aktor yang jauh lebih muda daripadanya, Maxime Bouttier, Luna mengaku tidak terburu-buru untuk berkahwin.
Hiburan

Sertai Kelas ‘Muay Thai’, Yusof Bahrin Akui Pelakon Perlu Ada Seni Asas Pertahankan Diri - “Kalau Nak Masuk Set Baru Nak Belajar Memang...”

gempak
07/09/2024
12:55 MYT
Menurut Yusof, pelakon yang mempunyai asas mempertahankan diri akan menjadikan babak berlawan itu nampak lebih menyakinkan dan cantik.
Viral

Netizen Tampil ‘Back Up’ Abang Bas, Anggap Konten Dengan Pelajar Perempuan Hanya Gurauan - “Niat Dia Baik, Yang Fitnah Nanti Merangkaklah Cari…”

gempak
07/09/2024
12:25 MYT
Susulan kes viral ‘Abang Bas’, terdapat segelintir netizen yang meluahkan rasa simpati terhadap lelaki tersebut dan menganggap isu itu telah menutup periuk nasinya.
Hiburan

Fiziwoo Simpati Dengan Pereka Fesyen Yang Berdepan Masalah Kewangan - “Kami Rasa Kasihan & Terkesan Dengan…”

gempak
07/09/2024
11:55 MYT
Pereka fesyen Fiziwoo mengakui mereka berasa simpati dengan situasi dihadapi rakan dalam industri kreatif yang berdepan masalah kewangan sehingga terpaksa melakukan pinjaman di saluran yang salah.