,
Kaw

Ummi Nazeera nikah 3 Ogos

Mohamad Bakar
05/07/2017
08:48 MYT
Mahu memberikan yang terbaik untuk hari bahagianya, bakal pengantin baru, Ummi Nazeera mengakui cukup tertekan saat ini. Ia barangkali senario biasa bagi mereka yang akan melangkah ke gerbang perkahwinan.
Melangsungkan majlis tanpa tajaan mana-mana pihak, Ummi akan bernikah dengan pilihan hatinya jejaka dikenali sebagai Dr. Izzar Anwari atau gelaran Ummi di Instagram sebagai Mr I, pada 3 Ogos depan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.Sedikit tertekan dengan urusan yang banyak menjelang hari bahagia.
“Tak saya nafikan agak tertekan menjelang hari bahagia ini. Banyak benda nak diuruskan. Majlis untuk pihak saya saja ada empat dan diadakan dalam bulan sama. Selain majlis nikah, akan diadakan juga malam Berinai pada 2 Ogos. Selain itu ada dua majlis resepsi bagi pihak keluarga saya masing-masing pada 5 dan 12 Ogos ini.
“Saya sendiri mahu memberikan cenderahati yang the best untuk tetamu yang akan hadir nanti. Nak uruskan sesi fitting baju kahwin sendiri dan baju pengapit lagi. Tapi saya percaya insya-Allah semua akan dipermudahkan.Majlis pernikahan bakal dibuat secara tertutup.
“Kad kahwin pun baru siap untuk tetamu VVIP. Untuk tetamu lain, kad hanya akan siap tak lama lagi. Jadi harapnya beberapa hari lagi sudah boleh diedarkan kad kahwin untuk tetamu termasuk teman media,” katanya.
Malah lebih daripada itu, sebelum bergelar raja sehari, Ummi juga harus melunaskan komitmen penggambaran drama Chor & Chah musim kedua bermula 15 Julai ini.
“Nak tak nak memang saya kena buat kerana musim pertama drama berkenaan menggandingkan saya dan Saharul Ridzwan. Insya-Allah pihak produksi Suhan Movies akan melepaskan saya pada 29 Julai nanti. Jadi saya ada masa untuk kembali memikirkan semula hal kahwin.
“Komitmen saya untuk penggambaran drama itu dalam tempoh dua minggu,” katanya.
Seperti majlis tunangnya yang diadakan secara tertutup pada 11 Disember tahun lalu, Ummi juga memaklumkan majlis pernikahannya turut dilakukan dengan cara sama. Bererti tiada liputan media pada hari bersejarahnya itu.Setiap majlis ada konsep tersendiri.
“Tapi pihak pengurusan saya akan memudahkan kerja wartawan dengan menyediakan semua maklumat dan keperluan mengenai butiran hari nikah itu nanti. Termasuklah gambar,” katanya.
Bintang filem Penanggal itu juga memberitahu dia akan menggayakan rekaan Innai Red untuk majlis nikah.
“Untuk dua majlis resepsi saya belum dapat dedahkan lagi siapa perekanya.
“Tapi untuk majlis malam berinai berkonsepkan Bollywood, saya akan mengenakan rekaan pereka dari Delhi, India. Saya sendiri menyukai hasil kerja tangan pereka itu,” katanya sambil memberitahu majlis sebelah bakal suaminya juga akan diadakan bulan sama iaitu pada 19 Ogos.
Ummi dan bakal suaminya berkenalan menerusi ibu pemuda terbabit pada sebuah majlis, 29 Januari tahun lalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Terkini

Bosan Kahwini Diri Sendiri, Wanita Ini Failkan Perceraian

gempak
07/09/2024
04:58 MYT
Keputusan untuk berpisah itu dibuat selepas sepuluh sesi terapi di mana Suellen cuba meneroka perasaannya dan berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan tersebut.
Laman Utama

“Dating Pakai Topi Tak Nak Orang Cam” - Akhirnya Disatukan, Harris Annuar & Asha Merican Berbulan Madu Di Switzerland

gempak
13/06/2022
03:21 MYT
Till jannah guys.
Laman Utama

“Cantik, Sopan, Naik Seri” - Tema Baju Kurung Kedah, Majlis Berinai Elisya Sandha Terima Pujian Netizen

gempak
23/08/2021
03:49 MYT
Berserinya pengantin baru!
Laman Utama

Syamel & Ernie Zakri Umum Tarikh Nikah, Bakal Disatukan Pagi Esok

gempak
25/03/2021
13:59 MYT
Till Jannah Syamel & Ernie!
Laman Utama

Muat Naik Foto Di Sabah Dengan #Honeymoon, Risteena Jawab Tuduhan Rentas Negeri Berbulan Madu

gempak
22/03/2021
15:53 MYT
Romantiknya pasangan ni!
Unitar