Skip to main content

Market Trends

Ummi Nazeera Umum Tarikh Pernikahan Secara Live Di Instagram

ummi-nazeera-01.jpg

Spekulasi bilakah aktres Ummi Nazeera bakal berkahwin berakhir apabila pelakon filem Penanggal itu mengumumkan akan bernikah dengan pasangannya, Dr Izzar pada 3 Ogos 2017.

Dalam satu kenyataan yang dikirimkan kepada Rojak Daily Kaw! pelakon berkulit hitam manis ini memberitahu majlis pernikahan itu bagaimanapun dibuat secara tertutup dan hanya akan dihadiri ahli keluarga terdekat.

Bagi majlis resepsi, pihak keluarga Ummi akan mengadakan dua majlis iaitu pada 5 Ogos dan disusuli 12 Ogos depan di lokasi yang belum dinyatakan.

“Ummi berdoa semoga segala urusan yang dirancang berlangsung dengan lancar dan dipermudahkan Ilahi,”kata Ummi.

Katanya, kad jemputan hanya akan mula diedarkan pada bulan Jun.

Ummi Nazeera bersama tunangnya, Dr. Izzar.

Terdahulu, pelakon ini turut berkongsi berita gembira itu secara langsung di laman Instagramnya.

Sebelum ini, menerusi Instagram minggu lalu, beliau hanya menyatakan bakal melangsungkan hari bahagia bersama pemuda terbabit selepas sambutan Aidilfitri tahun ini.

"Kami memilih Ogos, yang juga bulan kelahiran saya, untuk menyempurnakan separuh tanggungjawab ini. Insya-Allah. Banyak dugaan apabila bertunang ini. Doakan ya!" tulis beliau di laman sosial berkenaan.

Ummi akan genap berusia 27 tahun pada 20 Ogos depan.

Pasangan ini ditunangkan dalam sebuah majlis tertutup pada 11 Disember tahun lalu. Kedua-duanya berkenalan menerusi ibu pemuda terbabit pada sebuah majlis, 29 Januari tahun lalu.

Memilih 3hb Ogos, 2017 sebagai tarikh pernikahan.

Menerusi kenyataannya sebelum ini juga, beliau menyifatkan tempoh pertunangan banyak membuka peluang kepada masing-masing untuk lebih saling mengenali.

"Sebelum ini, saya ingatkan dia seorang yang serius. Tetapi apabila mengenalinya dengan lebih mendalam, rupa-rupanya dia seorang yang kelakar.

"Alhamdulillah, tempoh pertunangan ini menjadi masa untuk kami mengenali antara satu sama lain, walaupun hanya sebulan sekali kami bertemu. Maklumlah, dia bertugas di sebuah hospital di Sarawak,"ujarnya.

Must-Watch Video