Skip to main content

Market Trends

Untung Ayda Jebat Dapat Hero-Hero Yang Hot!

ayda-jebat-hero-hot-01.jpg

Kira bertuah juga menjadi Ayda Jebat. Bukan setakat famous, tapi diberi peluang bergandingan dengan hero kacak idaman Malaya. Daripada ‘abam sado’, Zul Ariffin, kemudian diikuti Aiman Hakim Redza, Saharul Ridzwan dan Sharnaaz Ahmad. Terbaharu, Ayda digandingkan pula dengan, hero kacak Redza Rosli untuk drama Ku Kirim Cinta bagi slot Akasia di TV3 Ramadan ini.

Kira semua hero yang berdampingan dengan penyanyi lagu Pencuri Hati ini cukup hot. Selepas menjalani beberapa hari penggambaran di ibu kota, kedua-duanya terbang pula ke Gold Coast, Australia selama enam hari. Drama itu arahan Raja Ahmad Alaudin. Ayda dan Redza sudah kenal sekitar lima tahun lalu.

Terbaru, Ayda Jebat digandingkan dengan Redza Rosli. (Kredit Gambar: Mohamad Bakar)

“Kami sudah beberapa kali berlakon sama. Cuma untuk drama ini kali pertama kami bergandingan sebagai teraju utama. Kali pertama seingat saya, untuk siaran RTM. Sekitar empat tahun lalu, kalau tak silap. Kemudian selepas beberapa lama tak berjumpa, kami dapat berlakon sekali untuk sebuah telefilem dan dia juga turut berlakon dalam drama Maid yang saya bintangi.

“Teruja juga untuk gandingan ini. Tambahan pula ia akan disiarkan pada Ramadan nanti,” katanya 

Ayda yang dicalonkan bagi fasa pertama Anugerah Meletop 2017 bagi kategori Lagu Meletop dan Penyanyi Meletop itu juga bertambah girang kerana lagu Pencuri Hati versi dangdutnya sudah mula menerima perhatian di Indonesia.

“Ia sudah diputarkan di beberapa buah stesen radio di sana. Lama saya menanti semua ini jadi pasti dan ia akhirnya menjadi nyata. Alhamdulillah. Semoga semua ini dapat membuka ruang untuk saya melebarkan sayap di negara orang pula. Insya-Allah,” katanya.

Must-Watch Video