Tinggal beberapa hari saja lagi sebelum umat Islam menyambut 1 Syawal dan sudah pasti anda akan tampil dengan gaya dan juga fesyen pakaian paling meletop!

Maklumlah raya kan setahun sekali jadi waktu-waktu beginilah nak ‘show off’ baju siapa paling cantik kan?
Bila nampak kamera be like...
Dalam pada bergaya tu, perasan tak ada satu tabiat rakyat Malaysia yang boleh dikatakan wajib dilakukan ketika berhari raya.

Nak tahu apa? Sudah tentulah bergambar! Pada waktu beginilah timbulnya hashtag antaranya #teamrayakl, #raya2018 dan #havocnyaraya ketika memuat naik foto-foto terbaik raya di laman sosial masing-masing.
Hael Husaini dan Khai Bahar.
Pelbagai ragam dan gaya menarik dirakamkan ketika mengambil gambar kenangan bersama keluarga dan juga sanak saudara.

Semua kenangan inilah yang anda akan rindui dan menjadi memori terindah suatu hari nanti.

Di sini kami senaraikan beberapa gaya paling ori yang membuatkan foto-foto anda kelihatan lebih meriah!
Cantiknya adik-adik Alif Satar ni kan?

Bila mak ajak beraya rumah ke 10 tapi dah bosan be like...

Selfie adik-beradik Sharifah tak pernah mengecewakan.

Sebelum kena basuh pinggan be like...

Reaksi bila kena paksa ambil gambar.

Sherry Alhadad dan Nadia Nisaa
Jadi, untuk membuatkan raya korang lebih meriah dan bermakna, kami nak ajak anda menghantar gambar dengan gaya paling ori di mana foto-foto anda perlulah diambil dengan gaya paling meriah dan kreatif bersama keluarga atau rakan-rakan pada hari raya ini.

Menariknya, 8 pemenang bertuah akan dijemput untuk menghadiri rumah terbuka Astro Warna sebagai tetamu VIP pada 9 Julai depan.

Antara hadiah yang ditawarkan adalah trip untuk ke Gold Coast Australia, Samsung HD Samrt TV, Sony Sound Bar dan boucer membeli-belah bernilai RM200.

Cara-cara penyertaan:

Cara-cara penyertaan.

1.Pastikan akaun Instagram anda 'Public'.

2.Muat naik gambar/video paling meriah 'Gaya Raya Paling Ori' anda.

3.Ikuti Instagram @astrocircle

4.Pastikan anda hashtag #meriahbersama, #gayaori & #astrocircle.

5.Tarikh penyertaan 14 Jun 2018 (6ptg) sehingga 30 Jun 2018 (10mlm)