KAW
Video Lucah Mirip Syafiq Kyle Dijual RM20 Di Twitter
Selain isu berkaitan politik, kecoh di Twitter apabila video lucah milik lelaki mirip pelakon kacak, Syafiq Kyle tular dan dijual pada harga RM20.
Video yang kelihatan seakan-akan pelakon itu dilihat sedang berbual dengan seorang wanita bernama Mira.

Menerusi video itu, lelaki itu dilihat memegang alat sulitnya untuk ditunjukkan pada wanita terbabit selain mereka berbual tentang ingin melakukan hubungan kelamin jika mereka berjumpa.
Memetik laporan Kosmo, video tersebut menjadi tular apabila ia mula dijual sejak malam Ahad.
Di Instagram Syafiq, @syafiqkylez, ramai peminat mempersoalkan video tersebut dan ada juga yang tidak percaya. Setakat ini, Syafiq juga masih berdiam diri dari mengeluarkan sebarang kenyataan.
Terdahulu, pelakon Zul Arifin turut berdepan perkara sama apabila video alat kelaminnya tersebar di Instagram beberapa bulan lalu.