KAW
[Video] “Mengaku Je La...” Ujar Fathia Di Dalam Rakaman Video
Kontroversi penyebaran video aplikasi Bigo Live dikatakan mirip wajah Fathia Latiff, pelakon itu berkata, “mengaku je la”.
Pelakon bertudung itu dihimpit kontroversi terbaru lagi saat ini.
Kali terakhir, dia menjadi perhatian ketika impian untuk melangkah ke gerbang perkahwinan hujung tahun ini dengan jejaka yang hanya dikenali sebagai A berkecai di pertengahan jalan.
Malah A juga turut dikatakan pernah mempunyai hubungan dengan seorang penyanyi popular bukan Melayu.
Kontroversi terbaru kali ini menjerat dirinya dalam sebuah video rakaman daripada seorang pelakon baru Natasha Elyzza bersama seorang wanita yang dikatakan mirip dirinya. Ia sedang hangat diperkatakan dan viral di laman sosial.
Video yang dirakamkan menggunakan aplikasi Bigo Live menunjukkan Natasha dan wanita persis Fathia itu sedang menari dan berpakaian agak seksi sehingga menampakkan sebahagian buah dada.
Terbaru penyebaran video terbaru juga kelihatan sekali lagi dengan jelas memang wajah Fathia yang hanya berkemban mengenakan tuala sambil menampakkan rambutnya buat tatapan umum seperti diteka netizen sebelum ini.
Natasha pada mulanya dilihat cuba menyembunyikan kelibat Fathia seperti mana dilakukannya menerusi video yang awal tersebar.
Ikuti perbualan mereka di bawah menerusi video terbaru itu.
Natasha: Kak Ya (panggilan untuk Fathia) nampak.
Fathia: Mana aku tahu kau letak di situ. Itulah fasal jangan main kalau aku ada.
Natasha: Tak nampak... tak nampak.
Fathia: Sure ek tak nampak?
Natasha: Siapa itu (membaca komen penonton video yang bertanyakan siapa wanita mengenakan tuala itu) sambil menjawab, kawan.
Fathia: Sekarang ini mana Kak Ya punya telefon bimbit? Lagu pun (merujuk kepada lagu yang dimainkan Natasha seperti tidak digemarinya).
Natasha: Bukan Fathia laa... orang lain (masih menafikan kelibat dengannya ialah Fathia)
Natasha: Ok la.. mengaku jela. Aah Fathia. Apa masalah kalau Fahtia. Ada masalah... kau orang dengan artis Malaysia. Aku nak tanya apa masalah kau orang.
Fathia: Wei wei.. relaks jangan sweet sangat.. Menunjukkan ‘kesweetan’ (sambil menenangkan Natasha yang sedikit emosi).
Akhirnya rakaman video terganggu dan mula putus-putus.
Terdahulu Natasha menafikan kelibat wanita itu adalah Fathia. Usaha menghubunginya untuk bertanyakan fasal penyebaran video terbaru disambut, namun dia enggan mengulas lanjut.
“Apa orang nak cakap, cakaplah. Orang akan kecam juga. Yang tahu hal sebenar, tahulah,” kata Natasha.
Fathia pula juga enggan memberi komen lanjut.
Difahamkan juga namanya sebagai teraju utama drama Laluna juga sudah disingkirkan kerana masih mempunyai masalah disiplin.
Hujung dua tahun lalu kira kira tiga minggu sebelum tahun 2016 melabuhkan tirai, pelakon drama Ariana Rose ini pernah hangat termometer namanya.
Tindakannya memuat naik gambar seorang pramugari yang didakwa enggan membantu mengangkat bagasi miliknya ke dalam ruang penyimpan barang dalam pesawat, pantas menjadi viral.
Netizen mengutuk perbuatan Fathia atas alasan bukan tanggungjawab kru kabin membantu penumpang menyimpan barang di ruang disediakan. Tidak cukup itu, teman artis yang pernah bekerja dengan syarikat penerbangan juga memberi pandangan lantas menjadikan isu berkenaan, tambah hangat.
Video: katomatsuda