Mula diperkenakan pada tahun 2014, tahun ini misinya untuk memupuk semangat kesukarelawan dan aktiviti sosial melalui empat program. Tahun ini juga meperkenalkan Duta Volunteer Malaysia 2016 iaitu Thanuja Ananthan, Nadiyah Shahab, Baki Zainal dan Atu dari kumpulan Zero disamping penyampai-penyampai radio iM4U FM, Fiza, Tyler, Jiggy dan juga TV.

Menurut Rudy Malik, Ketua Pegawai Eksekutif iM4U, “Melalui program ini, kami mensasarkan untuk memupuk sikap kemasyarakatan, sikap mengambil berat dan bertanggungjawab dalam kalangan sukarelawan tempatan dan juga antarabangsa. Demi kebaikan bersama, kami berharap dapat mencatat lebih banyak waktu jam pada tahun ini”.

Tahun ini juga menyaksikan lebih banyak sukarelawan antarabangsa seperti dari Korea Selatan dan Mesir yang menyokong inisiatif ini menerusi iM4U International Outreach Centre. Untuk pelbagai maklumat lanjut mengenai program kesukarelawan iM4U, anda boleh melayari www.im4u.my.
Empat aktiviti akan dijalankan dibawah Volunteer Malaysia 2016:
1. PRIHATIN

Advertisement
Diterajui oleh penyampai radio iM4U FM, Fiza dan pengacara TV Go Asean, Nadiyah Shahab, ia bakal diadakan di Johor dan sekitar Kuala Lumpur, PRIHATIN diadakan bertujuan untuk menyediakan bantuan membaik pulih rumah bagi golongan kurang kemampuan dengan kerjasama iM4U dan GIATMARA. Melalui PRIHATIN, pelajar-pelajar GIATMARA dapat menimba pengalaman secara langsungg dengan kerja pempaipan, litar elektrik, mengecat dan kerja-kerja pembinaan.
2. Green Team

Green Team dibawah Volunteer Malaysia 2016 akan lebih tertumpu pada Aquaponic. Aquaponic adalah cantuman dari akuakultur dan hidroponik dimana tumbuhan akan membesar dan tumbuh bersama dalam sebuah sistem yang bersepadu. Teknik ini bukan sahaja menyeimbangkan ekosistem malah membantu menghalau nyamuk. Diketuai oleh pengacara TV, Baki Zainal dan penyampai radio iM4U FM, Tyler, Green Team akan mengambil tempat di negeri Pahang dan Sarawak.
3. Better City

iM4U dengan kerjasama Kolej Komuniti dan Kolej Vokasional akan menyusan semula kemudahan awam dalam usaha untuk menyediakan satu bandar yang lebih baik di bawah Better City. Antara aktiviti Better City adalah membina tempat berteduh dan kerusi mudah alih di tepi bangunan-bangunan. Better City akan dilakukan di Negeri Sembilan dan Melaka serta akan diterajui oleh personality Thanuja Ananthan dan penyampai radio iM4U FM, Jiggy. Segala peralatan akan ditaja oleh MR D.I.Y.
4. Public Art Movement

Gerakan ini adalah sala satu inisiatif untuk artis tempatan mempamerkan bakat mereka melalui usaha mencantikkan kawasan awam. Bakal berlangsung di negeri Selangor dan juga Sabah, Public Art Movement akan diketuai oleh Atu dari kumpulan Zero dan juga TV, penyampai radio iM4U FM. Turut mendapat kerjasama dari Kolej Komuniti dan Kolej Vokasional, sukarelawan akan mengecat dinding, memasang lukisan 3D, mengecat semula garisan jalan dan menanda kawasan yang kerap berlaku kemalangan. MR D.I.Y turut akan menaja peralatan melukis bagi projek ini.