KAW
Wak Doyok vs Pembantu Peribadi, Aliff Syukri Harap Kedua-duanya Berbaik
Jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri berharap agar ikon fesyen Wak Doyok, dan pembantu peribadi yang juga merupakan rakan kongsi perniagaannya, Asyraff Mazlan, berbaik semula.
Datuk Seri Aliff Syukri adalah pemilik saham terbesar dalam syarikat Legasi Jambang Sdn. Bhd. telah meninggalkan komen pada salah satu entri di laman sosial Instagram (IG) Asyraff, tiga hari lalu.

Difahamkan hubungan Wak Doyok dan Asyraff mula renggang disebabkan masalah dalaman melibatkan syarikat mereka sejak beberapa bulan yang lalu.
Wak Doyok juga telah mengumumkan Asyraff bukan lagi pembantu peribadinya di lG, menerusi sebuah posting, lima hari lalu.

Bagaimanapun, keadaan menjadi semakin panas apabila Asyraff memuat naik beberapa kenyataan di IG story.
Dalam muat naik tersebut Asyraff turut memaparkan beberapa dokumen mengenai kedudukan dan nilai saham yang dipegangnya dalam syarikat Legasi Jambang Sdn. Bhd dan Empire AMWD Sdn. Bhd. yang merupakan pemegang trademark Wak Doyok.


Sungguhpun kesal dengan perbuatan sahabatnya yang sudah dianggap sebagai adik kandung itu, Wak Doyok berharap perkara tersebut dapat diselesaikan dengan cara aman.


Must-Watch Video