Menurut artikel yang dipetik daripada Bernama, Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah Negeri, Datuk Dr Mohd Nizar Zakaria, memaklumkan bahawa aplikasi yang dikenali sebagai MySolve itu bukan untuk menggalakkan pasangan suami isteri bercerai tetapi sebagai pemudah cara bagi menyelesaikan masalah rumahtangga.

Gambar: mysolve.perak.my

Aplikasi ini membolehkan maklumat pemohon disimpan di dalam sistem, sekaligus mengurangkan keperluan mereka untuk hadir ke Mahkamah Syariah berulang kali. Selain itu, tempoh permohonan cerai boleh dipercepatkan daripada dua bulan kepada satu minggu. MySolve yang telah dibangunkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Perak ini boleh diakses menerusi mysolve.perak.gov.my sejak Januari lalu dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Perak. Pasangan yang menggunakan aplikasi ini akan dikenakan bayaran pendaftaran permohonan perceraian sebanyak RM50.

Di sebalik kes cerai yang semakin meningkat di Malaysia ini timbul satu persoalan, apakah yang menyebabkan pasangan suami isteri itu memfailkan perceraian? Gambar di bawah menerangkan tujuh sebab utama masalah ini.

Gambar: www.bicaradariaku.com

Alasan Remeh Bercerai

Kalau hati sudah tidak berkenan, ada sahaja yang tidak kena dengan pasangan. Memetik laporan Kosmo bertarikh 12 Januari 2016, Malaysia dikatakan negara janda dan duda akibat pertambahan kes perceraian. Direkodkan, seramai 156 pasangan Islam bercerai setiap hari dan lebih 274,000 pasangan bercerai dalam tempoh enam tahun. Berikut adalah alasan remeh dan tidak masuk akal menjadi punca perceraian yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.

Gambar: www.terkinitv.com