Skip to main content

Market Trends

“Ya, Saya Dan Neelofa Ada Juga Keluar Bersama Tetapi Atas Dasar Kerja” – Hans Isaac

hans-01.jpg

Penerbit dan pelakon terkenal, Datuk Hans Isaac menafikan keluar dating dengan pelakon dan pengacara, Neelofa di Genting Highlands, seperti rakaman video yang tersebar di laman sosial, baru-baru ini. Sebaliknya, Hans memberitahu, pertemuan yang berlaku adalah kebetulan dan bukannya dirancang.

"Video yang tular itu berlaku sebelum konsert berlangsung. Kami bertemu di restoran yang sama dan kebetulan meja penuh. Disebabkan mahu cepat, kami pun berkongsi meja.

"Gambar yang tersebar itu diambil oleh seorang teman, bukannya daripada telefon kami.

Hanya salah faham.

"Apa yang berlaku hanyalah salah faham. Jujurnya, kami memang selalu keluar bersama. Kadang-kadang kami berbincang pasal kerja. Cuma orang tak tahu yang kami berjumpa atas dasar kerja dan menganggap saya dan Lofa keluar dating," terang Hans kepada Rojak Daily Kaw!

Hubungan pasangan ini yang pernah intim sebelum ini sebelum berpisah dikatakan kembali bertaut selepas gosip yang mengatakan mereka keluar bersama menonton konsert penyanyi antarabangsa, John Legend, di pusat peranginan terkemuka itu hangat diperkatakan netizen.

Tetap berkawan baik dengan Neelofa.

Memperbetulkan tanggapan nakal netizen terhadap hubungan mereka, Hans yang baru saja putus tunang tahun lalu berkata, tiada persengketaan antara dirinya dengan pengacara program Meletop itu walaupun sebelum ini ada desas-desus mengatakan kedua-duanya tidak sehaluan selepas hubungan yang terjalin terputus di pertengahan jalan.

“Walau apapun yang berlaku antara saya dan Lofa sebelum ini, kami tetap berkawan baik. Bukan dengan Lofa saja, tetapi juga mana-mana wanita yang pernah dikaitkan dengan saya sebelum ini, kecuali seorang. Saya tahu macam mana dirinya dan saya kenal hati budinya.

Sentiasa akan mempertahankan Neelofa.

“Seperkara yang saya puji mengenai dirinya, walaupun ada perkara yang dilakukannya itu salah, tetapi dia tidak malu untuk mengakuinya dan akan meminta maaf. Dia sangat berbeza dengan wanita lain yang pernah saya kenal sebelum ini yang nampak baik walhal bermuka-muka.

“Justeru, walau apapun yang berlaku terhadapnya, saya akan tetap mempertahankan dirinya dan terus memberi sokongan yang tidak berbelah bagi,” tegas aktor berusia 46 tahun ini.

Berada dalam zon sahabat baik.

Awal tahun lalu, Hans pernah memuat naik fotonya bersama Neelofa sedang makan di sebuah restoran. Turut kelihatan bersama mereka adalah teman baiknya, pelakon, model dan pengacara, Elaine Daly bersama suaminya.

Pasangan yang pernah digandingkan menerusi filem Lemak Kampung Santan ini pernah menjalinkan hubungan cinta, namun ia berakhir selepas kira-kira dua tahun.

Neelofa dalam temubual sebelum ini turut menafikan yang dia dan Hans kembali bercinta. Sebaliknya lebih selesa meletakkan aktor tinggi lampai itu dalam zon berkawan.

Must-Watch Video