Pelakon dan pengacara Yana Samsudin tidak menyangka videonya ketika bertemu delegasi dari Korea baru-baru ini menjadi bualan ramai.
Yana ketika dihubungi Rojak Daily Kaw! memberitahu, tujuan dia memuat naik video tersebut hanya untuk berkongsi rasa teruja dapat bertemu dengan anggota Running Man iaitu Ji Suk-Jin dan Yang Se-Chan serta penyanyi JeA daripada kumpulan Brown Eyed Girls dan Sung-Jong ahli kumpulan INFINITE.
“Tak sangka pula video tersebut viral. Sebenarnya ketika Ji Suk-Jin hulurkan tangan, ada juga rasa serba salah ketika menolak, bimbang dia salah faham.
“Tetapi selepas itu saya jelaskan secara baik dan dia pun faham,” katanya.

Pada Sabtu lalu selepas Yana memuat naik video berdurasi satu minit tersebut di laman Instagram (IG)nya dan telah mendapat pujian netizen kerana menjaga batas sebagai wanita Islam.
Video tersebut setakat ini telah ditonton lebih 260 ribu kali oleh pengikut IG.

Dalam pada itu, Yana mengucapkan terima kasih kepada semua pengikut dan peminat yang sentiasa menyokongnya selama ini.
“Terima kasih kepada yang telah meninggalkan komen positif kepada saya. Doakanlah supaya saya sentiasa istiqomah.
“Saya masih belum perfect, sedang belajar memperbaiki diri untuk menjadi muslimah sejati. Insha-Allah,” katanya.
.jpg)
Empat selebriti popular Korea Selatan ke Malaysia bagi menghangatkan rancangan CJ Wow Shop dengan kerjasama Channel A menerusi program Sales King TV.