Semalam tular di media sosial pergaduhan dua penyanyi dangdut, Ifa Raziah dan Sheeda di sebuah tempat letak kereta.
Pelbagai andaian timbul temasuklah yang mengatakan ia hanyalah gimik daripada kedua-dua ratu dangdut tersebut.
Lebih-lebih lagi apabila Ifa telah bertanya kepada Sheeda mengenai episod kedua video yang telah menjadi tular itu di ruangan komen.

Sheeda telah memuat naik video menyerang Ifa yang dirakam oleh anaknya Bienda, sambil menjerit dan menggelarkan selebriti versatil tersebut sebagai perempuan plastik.
Penyanyi angkat kaki itu turut menulis kapsyen mendakwa Ifa tidak berani bersemuka selepas memburuk-burukkan dirinya.
Sementara itu, ketika dihubungi Rojak Daily Kaw!, Ifa mengesahkan ada video sambungan (bahagian kedua), namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
Ditanya samada insiden serangan tersebut gimik atau tidak, Ifa lebih selesa jika ia dijawab oleh Sheeda.
“Ya, ada video bahagian kedua...Gimik atau real, tanyalah pada Sheeda. Apa-apa pun sama-samalah kita nantikan dia memuat naik bahagian kedua video itu,” jawabnya ringkas.
Sebelum itu, Sheeda dan Ifa menyertai majlis ramah mesra dan minum petang bersama Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad ke V, di Istana Negara petang semalam (Selasa).