Masih belum terlewat untuk kami mengucapkan tahniah kepada Zarul Umbrella setelah berjaya melangkah ke peringkat akhir Gegar Vaganza musim ketiga. Ada juga beberapa teman-teman yang menjangkakan Zarul bakal merangkul gelaran juara namun bagi Zarul sendiri, dia akan buat sehabis baik demi peminat. Lihat sahaja senyumannya, hati wanita mana tak cair. Jadi memang sesuailah Zarul bergelar pramugara dari tahun 2000 hinggalah sekarang.

Next stop ; Kota Kinabalu

A photo posted by Zarul Husin (@zarulumbrella) on

Dorang2 ni baru umur 3-6 tahun masa aku rakam #ramalankubenarbelaka dan hari ni we fly 2gether gether

A photo posted by Zarul Husin (@zarulumbrella) on

To Melbourne

A photo posted by Zarul Husin (@zarulumbrella) on


Berkesempatan bertemu mata dengan Zarul ketika dia meluangkan masa ke pejabat Astro Digital Publications baru-baru ini, kami berpeluang bertanyakan soalan selain daripada kisah Gegar Vaganza. Cerita tentang perjalanan Zarul dalam Gegar Vaganza mungkin sudah ramai yang tahu jadi kami korek cerita bagaimana Zarul boleh terjebak dengan karier di awan biru, yang mungkin ada ramai yang masih belum tahu.

The Crew

A photo posted by Zarul Husin (@zarulumbrella) on


Zarul atau nama sebenarnya Zairulkefli Husin, 43, tidak pernah berangan atau mengimpikan menjadi seorang pramugara. Tahun 1998 merupakan tahunnya berhenti dari bidang hiburan sebentar dan segalanya bermula pada tahun 2000 apabila dia sedang mencari peluang pekerjaan dan kebetulan mempunyai ramai kenalan di syarikat penerbangan. Menurut Zarul, “Teman-teman yang mencadangkan supaya saya pergi ke temuduga pramugara. Ketika itu Disember 1999, saya hadir ke temuduga tersebut dan alhamdulillah Januari 2000, saya dapat bergelar pramugara Malaysia Airlines (MAS) sampailah sekarang.

Anak kapal MH71 (23/7/16) Selamat Mendarat ✈️✈️#abampayungpramugara #janganpernah #takpayung #cabincrew #flightcrew #fa #syukurselalu

A photo posted by Zarul Husin (@zarulumbrella) on

#throwback My 1st day of Raya 2016 MH01 London to KL

A photo posted by Zarul Husin (@zarulumbrella) on

Arrival London #jangancakapabangtakUmbrella ???

A photo posted by Zarul Husin (@zarulumbrella) on


Menceritakan pengalamannya bergelar pramugara, destinasi paling jauh diterokai adalah Buenos Aires, Argentina dan Los Angeles, Amerika Syarikat. “Kenangan paling best pada saya apabila sebelum sampai di Buenos Aires, kami sesama kru rancang untuk trip 16 hari . Mula-mula kami tiba di Johannesburg, Afrika Selatan untuk tiga malam kemudian ke Capetown untuk tiga malam lagi. Seterusnya ke Buenos Aires dan tinggal lima hari disana. Kami masak sama-sama, keluar lihat tempat orang sama-sama, tinggal di bilik kru ibarat satu keluarga dan memang pengalaman yang sangat hebat”.

Walaupun sudah 16 tahun bergelar pramugara, rindu untuk kembali ke industri hiburan pasti timbul sedikit demi sedikit. Agak lama dia menyepi sebelum terbit dengan tiga single sebelum menyertai Gegar Vaganza 3, Zarul ubati kerinduannya dengan menyanyi sekali-sekala. Tambah membuktikan yang Zarul benar-benar serius kembali dalam industri muzik, dia memohon cuti bulanan tanpa gaji dari pihak MAS semata-mata untuk memasuki Gegar Vaganza 3. Tambah Zarul, “Di MAS, sememangnya boleh minta cuti lama jika ada alasan kukuh contohnya jaga anak sakit, sambung belajar, dan ada satu kategori cuti lifetime opportunity. Kalau dalam kategori ini, boleh guna untuk masuk pertandingan ratu cantik dan cuti Gegar Vaganza 3 saya ini pun termasuk dalam kategori lifetime opportunity.

✈️

A photo posted by Zarul Husin (@zarulumbrella) on

Kami berlima akan bersama2 terbang bertugas untuk 2 hari berturut2

A photo posted by Zarul Husin (@zarulumbrella) on


Bekerja sambil pusing satu dunia tentunya menjadi impian setiap orang. Dengan adanya kru yang sama satu kepala serta suasana kerja yang menyenangkan, Zarul ternyata bersyukur. Namun berkhidmat dengan penumpang bukan satu tugas mudah. Dengan pelbagai karenah dan latar belakang, Zarul punya 1001 cerita namun satu yang melekat dalam kepalanya apabila mengendalikan penumpang mabuk. “Masa dalam penerbangan tu, semua kru wanita dan saya seorang lelaki, pemabuk tu pun lelaki. Penumpang tersebut hampir mencetuskan kekecohan dalam penerbangan tapi akhirnya saya dapat leraikan".

“Ada satu ketika dalam penerbangan ke Perth, ada seorang wanita di kelas bisnes lihat nametag saya dan bertanya, awak Zarul Umbrella ke? Masa tu memang saya tak aktif langsung dalam industri, tak keluar surat khabar, majalah dan sebagainya namun wanita itu masih kenal. Lalu dia keluarkan bekas cermin mata hitamnya dan minta tandatangan saya di atas bekas tersebut. Bila ada penumpang kenal saya sebelum bermula Gegar Vaganza itu boleh dikatakan normal tapi paling saya terharu bila ada ketika saya lama menyepi dan senyap dari industri hiburan terutamanya dari tahun 2000 hingga 2012, masih ada penumpang yang ingat pada saya, itu moment yang istimewa pada saya”, jelas Zarul.

Dlm penerbangan MH8208

A photo posted by Zarul Husin (@zarulumbrella) on


Mempunyai pekerjaan tetap juga tidak menghalang Zarul untuk menerima undangan nyanyian. Dia masih menerima banyak undangan persembahan dan akan pastikan tidak bercanggah dengan jadual kerjanya. “Dari tahun 2013 saya sudah mula menerima undangan menyanyi terutamanya stesen TV, stesen radio, buat show sana sini dan ketika itu saya turut keluar dengan tiga single sebelum menyertai Gegar Vaganza 3. Dari situlah saya ambil pengurus yang akan urus kerjaya saya. Dialah yang akan urus hari offday saya untuk saya pergi ke mana-mana undangan. Jadi, nak bahagikan masa antara keluarga, pekerjaan dan nyanyian pada saya tiada masalah”.

What a long day for us but we still smiling

A photo posted by Zarul Husin (@zarulumbrella) on

Morning

A photo posted by Zarul Husin (@zarulumbrella) on


16 tahun bergelar pramugara, banyak pengalaman dan kenangan yang ditimba Zarul dan ia hampir sebati dengan dirinya. Kami sempat bertanya perancangan selepas Gegar Vaganza 3, adalah terus berada di awan biru atau ingin serius bikin muzik sepenuh masa, sejujurnya Zarul tidak boleh buat keputusan. “Bila selesai sahaja Gegar Vaganza 3, baru saya boleh buat keputusan yang mana arah saya selepas itu. Buat masa sekarang, saya tumpu konsert akhir”. Sokongan padu terus diterima dari rakan sekerjanya dan semangat ini Zarul bawa menjelang Gegar Vaganza 3 dan kerjaya nyanyian seterusnya.

Tq guys ????????

A video posted by Zarul Husin (@zarulumbrella) on