Kilauan Emas
Senarai Penuh Barisan Peserta Kilauan Emas 2024 Otai Kembali Berbisa Yang Terbaru!
Program Kilauan Emas kali ini membawakan nafas baharu dengan tema 'Otai Kembali Berbisa', membuka ruang dan peluang kepada bakat tempatan otai tempatan untuk mempamerkan bakat terpendam mereka dalam bidang nyanyian.
Bakat-bakat yang dipilih juga bukan sahaja berkebolehan dalam bidang nyanyian, namun mempunyai pencapaian dan latar belakang unik masing-masing yang memberikan pelbagai corak warna dalam konsert utama Kilauan Emas 2024.
Musim terbaharu ini mencungkil seramai 12 peserta menerusi sesi uji bakat yang telah dijalankan pada 3 & 4 Ogos di SACC Mall, Shah Alam dan peserta-peserta ini adalah "unsung hero" dalam penceritaan mereka tersendiri dan ingin menceburi bidang nyanyian dalam peringkat yang lebih tinggi.
Barisan Peserta Kilauan Emas Terbaru:
Untuk musim terbaharu ini, barisan peserta yang akan bersing merupakan 12 orang peserta solo yang terdiri daripada warga Malaysia, dari seluruh negeri seperti Sabah, Pulau Pinang, Johor, Kedah, Perak, Negeri Semblan, Melaka dan Terengganu, berusia diantara 46 tahun sehingga 68 tahun, iaitu peserta paling senior pada musim ini.
1. Peserta Pertama:
4. Peserta Keempat:
Maria
NAMA: MARIANI MUSTAFA @ MAMAT
ASAL: SETIU, TERENGGANU
PEKERJAAN: BUSKER
- 39 TAHUN BERKECIMPUNG DALAM DUNIA NYANYIAN.
- VOKALIS ‘CHICKEN WINGS’ BAND.
- JURUSOLEK DAN CIKGU MEKAP (MUA).
- MAHIR UNTUK BETULKAN KESEMUA JENIS TELEFON YANG SUDAH ROSAK.
- SEORANG IBU TUNGGAL YANG MEMBESARKAN LIMA ORANG ANAK.
HARAPAN: INGIN RAMAI ORANG MENGENALI BAKATNYA YANG SELAMA INI TERPENDAM.
×
2. Peserta Kedua:
WAN
NAMA: RIDZUAN BIN YUSOF
ASAL: PUTRAJAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN
PEKERJAAN: PEGAWAI IMIGRESEN
- BEKERJA SEBAGAI SEORANG PEGAWAI IMIGRESEN.
- MENDAPAT ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SEBANYAK 4 KALI.
- PERNAH MENYERTAI PROGRAM REALITI ALL TOGETHER NOW MUSIM 1.
- TERBANG DARI HONG KONG KE MALAYSIA SEMATA-MATA UNTUK UJI BAKAT KILAUAN EMAS 2024.
- BERBAKAT MENULIS LIRIK LAGU & BOLEH MENYANYI PELBAGAI GENRE.
- JOHAN PERTANDINGAN MENYANYI (KARNIVAL KOMUNITI & PESTA AIR PUTRAJAYA)
HARAPAN: BAKAT NYANYIANNYA DI HARGAI & KE PENTAS AKHIR KILAUAN EMAS.
×
3. Peserta Ketiga:
SUE
NAMA: SUENEATA BT HAMZAH
ASAL: ULU KINTA, PERAK
PEKERJAAN: TUKANG JAHIT
- VOKALIS KUMPULAN ‘SENANDUNG D’STAR’ BERSAMA PAK YA SENARIO
- BEKERJA SEBAGAI TUKANG JAHIT & JURUSOLEK (MUA)
- DI CABAR OLEH ANAKNYA, DAYANA (THE CHOSEN ONE) UNTUK MENYERTAI UJIBAKAT KILAUAN EMAS
- AKTIF DALAM MENYERTAI PERTANDINGAN KARAOKE DI SEKITAR PERAK
- PERNAH MENJUARAI PERTANDINGAN IPOH IDOL
- HARAPAN: INGIN MELIHAT ANAK-ANAKNYA BERJAYA & MENDAPAT TEMPAT DALAM DUNIA NYANYIAN
BALQIS
NAMA: BULQIS BT SADAK
ASAL: TELIPUK, SABAH
PEKERJAAN: PENIAGA SAMBAL
- PENIAGA SAMBAL KECIL-KECILAN
- PERNAH MENAKLUK GUNUNG KINABALU PADA TAHUN 2022 DI USIA 58 TAHUN
- MEMINATI AKTIVITI-AKTIVITI LASAK
- MEMPUNYAI BAKAT UNTUK BUAT STAND-UP COMEDY
- JUARA PERTANDINGAN MENYANYI PERINGKAT NEGERI SABAH
- HARAPAN: INGIN ADA PREMIS SENDIRI & MENUNAIKAN HAJI
DINO
NAMA: SHAMSUDDIN BIN MD ALI
ASAL: KULIM, KEDAH
PEKERJAAN: PESARA PDRM
- BILAL SAMBILAN DI MASJID SEKITAR KEDAH
- BOLEH BERMAIN ALAT MUZIK SEPERTI PIANO, VIOLA, ACCORDION, GITAR, DRUMS, SAXOPHONE, DAN LAIN-LAIN
- PENGARAH MUZIK SAMBILAN
- BERKHIDMAT SELAMA 4 TAHUN DALAM KUMPULAN KOMBO IRINGAN DI KEDAH FM
- MENGUBAHKAN LAGU SENDIRI UNTUK DIMUATNAIK KE DALAM SMULE
- AKTIF DALAM MENYERTAI PERSATUAN KEBAJIKAN (SKUAD 69)
GIE
NAMA: ROZIAH BINTI ABD. HAMID
ASAL: MERSING, JOHOR
PEKERJAAN: SURI RUMAH
- 47 TAHUN
- ‘CANCER SURVIVOR’ - KANSER PAYUDARA
- PENIAGA SAMBILAN DAN MENGAJAR SECARA ONLINE KARIPAP PUSING
- BARU SELESAI MENGHABISKAN RAWATAN RADIOTERAPI PADA 31 JULAI 2024 DAN MASIH MEMERLUKAN RAWATAN SUSULAN
- PERNAH MENYERTAI SUARA VIRAL 2.0 EPISODE 6
- INGIN BUKTIKAN BAHAWA KANSER BUKAN PENGHALANG UNTUK MENERUSKAN HAJAT DAN KEINGINAN DALAM NYANYIAN
SIDI
NAMA: MARSIDI BIN MANSOR
ASAL: ALOR SETAR, KEDAH
PEKERJAAN: INSPEKTOR PENJARA, JABATAN PENJARA MALAYSIA
- TELAH BERKHIDMAT SELAMA 30 TAHUN DALAM JABATAN PENJARA MALAYSIA
- MEMINATI SENI KAYU DAN MENUKANG
- ANAK KEPADA PESARA WARDEN, INSPEKTOR JABATAN PENJARA MALAYSIA
- INGIN MEWAKILI JABATAN PENJARA DAN MEMBERI PENDEDAHAN KEPADA MASYARAKAT TENTANG KEHIDUPAN DI SEBALIK DINDING PENJARA
INA
NAMA: NUR FADHLINA BINTI ISMAIL
ASAL: GEORGETOWN, PULAU PINANG
PEKERJAAN: PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM (MSU)
- ‘VO TALENT’ SAMBILAN
- ‘JINGLE TALENT’ UNTUK IKLAN TELEVISYEN
- PENYANYI LATAR TEATER
- ANAK KEPADA BEKAS PESARA GURU DISIPLIN
- PERNAH BERHASRAT MERAKAMKAN ALBUM TETAPI TIDAK KESAMPAIAN
- KEMBALI DALAM INDUSTRI SELEPAS PERCERAIAN 2013
RON
NAMA: NOOR ANIZAH BINTI ABU HASSAN
ASAL: MALIM NAWAR, PERAK
PEKERJAAN: PENIAGA SATE
- PELAKON EKSTRA – KALI TERAKHIR BERLAKON DRAMA ASTRO WARNA (WATAK UTAMA ZIZAN) TAJUK "AWAK TERLALU GANU UNTUK SAYA."
- PERNAH TERLIBAT DALAM KEMALANGAN YANG TRAGIS, SEWAKTU PULANG DARI KERJA.
- MEMPUNYAI PENGALAMAN PAHIT DIMANA HAMPIR MATI SEWAKTU KECIL - LEMAS DALAM MATA AIR LOMBONG.
- INGIN BUKTIKAN BAHAWA UMUR BUKANLAH PENGHALANG UNTUK MENERUSKAN KEINGINAN
BUDIN
NAMA: MOHAMAD SHABUDDIN BIN SEHU MOHAMED
ASAL: GEORGETOWN, PULAU PINANG
PEKERJAAN: PENIAGA PAKAIAN
- MEMPUNYAI PERNIAGAAN BARANGAN KEPERLUAN HAJI DI KIOSK LOTUS SHAH ALAM.
- BEKERJA SAMBILAN SEBAGAI PENGACARA MAJLIS.
- MENGIDOLAKAN M. SHARIFF DALAM NYANYIAN.
- BOLEH MENIRU GAYA DAVID ARUMUGAM KETIKA MENYANYI.
- TELAH MENCUBA UJIBAKAT KILAUAN EMAS SELAMA 6 MUSIM.
- INGIN MEMBUKTIKAN BAHAWA USAHANYA SELAMA INI AKAN MEMBUAHKAN HASIL DAN MENANG DALAM PERTANDINGAN.
ATI
NAMA: MAHZURIYATI BT ABD MALEK
ASAL: JELEBU, NEGERI SEMBILAN
PEKERJAAN: PENIAGA ONLINE
- AKTIF DALAM BIDANG PERMOTORAN DAN MEMPUNYAI KELAB ‘GENG RIDER’ UNTUK MOTORSIKAL BERKUASA TINGGI.
- MEMPUNYAI KEMBAR SEIRAS.
- KEMBARNYA MENGALAMI PENYAKIT LUMPUH DAN SARAF AKIBAT DENGGI.
- PERNAH MENYERTAI UJIBAKAT KILAUAN EMAS 5 TETAPI TIDAK CUKUP UMUR.
- INGIN MENYAHUT CABARAN RAKAN-RAKAN UNTUK MENYERTAI KILAUAN EMAS SETELAH 7 TAHUN MENANTI.
HAMID
NAMA: HAMIDON BIN ABDUL KARIM
ASAL: IPOH, PERAK
PEKERJAAN: PEMANDU LORI
- MERUPAKAN BEKAS TENTERA
- WALAUPUN SUDAH BERUSIA, TETAPI LEBIH MEMINATI LAGU-LAGU BBNU.
- PANDAI MENJAHIT & TURUT MENGAMBIL UPAH MENJAHIT (AMBIL KELAS MENJAHIT SEWAKTU TENTERA).
- PERNAH BERDEPAN DENGAN KEJADIAN TRAGIS DI MANA HAMPIR MATI SEWAKTU BERKHIDMAT SEBAGAI TENTERA.