Laman Utama
“Air Putih Beya Nampak Macam Orange Juice”- Anak Stacy Berpuasa Pertama Kali
Anak yang dipelihara penyanyi Stacy sejak kecil Bella Valentina atau gelaran manjanya Beya, 7, turut mula berpuasa hari ini buat pertama kalinya.
Menerusi akaun rasmi Instagram anak-anak Stacy dan Akim Ahmad, Beya meminta agar semua mendoakan dia dapat bertahan di hari pertama Ramadan.
“Selamat berpuasa semua... Jangan saja tu air putih beya nampak macam orange juice nanti
#ramadhan1440h,” tulisnya di kapsyen
Entri tersebut terdapat sepotong video Beya yang memberitahu ia pengalaman pertama buatnya.
“Selamat berpuasa, wish me luck saya survived (berpuasa) sebab takut nanti saya lapar.
“Tapi ini hari pertama, harap-harap saya tidak haus atau lapar,” katanya.
Rata-rata pengikutnya mendoakan agar percubaan Beya berjaya.
Beya anak angkat Stacy sebelum berkahwin dengan Akim.
Stacy dan Akim mendirikan rumah tangga pada 5 februari 2016 dan dikurniakan seorang zuriat Eshaal, 2.