Laman Utama

“Bughok Bona Bunyi Eh…” – Loghat Nismilan Dalam Iklan Raya Popular Dikritik Netizen

Azwa Rahman
30/05/2019
11:19 MYT
Sponsor Banner
“Bughok Bona Bunyi Eh…” – Loghat Nismilan Dalam Iklan Raya Popular Dikritik Netizen
Sebuah iklan raya syarikat korporat, Petronas telah dikritik netizen kerana menggunakan loghat Negeri Sembilan yang kurang tepat.
Iklan bertajuk ‘Rendang Soraya’ itu menceritakan kisah seorang gadis dalam usaha mengekalkan tradisi keenakan rendang ibunya untuk dinikmati pagi Syawal.
Tular di laman sosial, nampaknya iklan ini dikritik netizen terutamanya yang berasal dari Negeri Sembilan.
Ada yang meluahkan rasa kecewa apabila loghat Negeri Sembilan yang dituturkan oleh pelakon-pelakon iklan ini tidak betul.
Pelakon utama yang memegang watak Soraya merupakan bekas pelajar AF 2016, Fiza Thomas yang berasal dari Sabah.
Maka, tidak hairanlah mengapa Soraya tidak dapat bertutur dalam loghat Negeri Sembilan dengan baik.
Namun disebalik kritikan, ramai juga yang menyukai iklan ini kerana ‘plot twist’ diakhirnya boleh membuatkan air mata anda bergenang.
Barisan pelakon juga turut dipuji kerana masing-masing menjiwai watak sehingga membuat penonton merasai kesedihan dan kepiluan jiwa Soraya dan bapanya.
Iklan ‘Rendang Soraya’ sehingga ini mendapat hampir 5 juta tontonan di laman YouTube.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar