Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Izzmad Harun & Aiman Tino Teruja, Sayu Dapat Bersahur Dengan Anak-Anak Syurga

Fiza Kamarudin 23/05/2019 | 11:18 MYT
Pendatang baru Izzmad Harun bersama rakan-rakan, Aiman Tino dan Fara Hazel berpeluang bersahur dengan anak-anak syurga bersempena sambutan Nuzul Quran.
Menerusi program #SeindahRamadanBersahur Izzmad, Aiman Tino dan Farah Hazel membuat kejutan dengan mengejut penghuni cilik Pusat Jagaan Anak Yatim & Miskin Sri Kundang, Rawang, Selangor bangun sahur.
Teruja kerana baru pertama kali menyertai projek singgah sahur, Izzmad memberitahu, dia teringat kenangan zaman kanak-kanak ketika abang dan kakak mengejutnya bangun untuk bersahur.
“Sebelum ini program CSR yang saya sertai ialah majlis berbuka puasa dan membantu gelandangan, jadi bersahur adalah pengalaman baru buat saya.
“Melihat wajah anak-anak syurga ini buat saya insaf dan berasakan saya bertuah kerana dapat bersama mereka pada hari ini,” katanya.
Sementara itu bagi Aiman Tino pula bersahur dengan anak-anak yatim dan kurang bernasib baik adalah satu kelainan dan mewujudkan perasaan berbeza.
“Rasa sayu, sebak…Tapi saya bersyukur kerana berpeluang bersama anak-anak yang sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT.
“Inilah Ramadan yang betul-betul indah buat saya,” katanya.
Turut bersama Izzmad, Aiman Tino dan Farah Hazel ialah para penaja yang sama-sama memberikan sumbangan kepada 50 orang anak-anak yatim dan miskin.
#Aiman Tino #Ramadan 2019 #Izzmad Harun
;