Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Minimalis, Dedaun & Lingkaran Bunga – Trend Inai Raya 2019

Azwa Rahman 31/05/2019 | 08:16 MYT
Lukisan inai di tangan menjadi kegemaran ramai gadis menjelang Hari Raya.
Tidak kira anda sukakan inai merah, hitam mahupun putih, ia melengkapi persalinan baju raya anda.
Bagi yang gemar buat di kedai ataupun ada bakat melukis sendiri inai, pasti anda tercari-cari apakan rekaan yang ‘in’ untuk digayakan lebaran ini.
Ini lima rekaan inai yang boleh anda buat untuk meriahkan lagi Aidilfitri nanti.
1. Boho minimalis
Rekaan yang ringkas ini sering menjadi pilihan para gadis menjelang lebaran. Gunakan inai merah untuk hasil tahan lama berbanding inai putih yang berkonsepkan pelekat dan senang hilang.
Instagram: @the__hennagirl
Harga: RM5 untuk sebelah tangan bergantung pada corak
2. Dedaun halus
Corak daun juga antara corak inai 2019 yang sedang trending. Lakaran daun menjalar dari dari hingga ke tangan boleh memberikan ilusi jari runcing serta manis buat si pemakai.
Instagram: @hennanyreen
Harga: RM5 ke atas untuk sebelah tangan bergantung pada corak
3. Sarat bak bersanding
Tidak hanya orang sukakan rekaan yang ringkas, ada juga gadis yang gemarkan rekaan sarat seperti inai pengantin perempuan. Tidak salah untuk mengenakan inai sarat di pagi raya.
Instagram: @nanasyazhenna
Harga: RM10 – RM30 bergantung pada corak
4. Dedaun dan bunga halus
Sememangnya rekaan daun halus ini cukup laris untuk tahun 2019 ini! Selain ukiran daun, bunga-bunga halus juga boleh digabungkan untuk mencantikkan lagi tangan para gadis.
Instagram: @hennabelle
Harga: RM10 untuk sebelah tangan bergantung pada corak
5. Lingkaran bunga
Bunga dan gadis mana boleh dipisahkan. Anda masih boleh mengekalkan corak tradisi bunga-bungaan pada tangan untuk memeriahkan sambutan lebaran nanti.
Instagram: @syazmoralee_henna
Harga: RM5 untuk sebelah tangan bergantung pada corak
#Raya #Trend #Inai
;