Laman Utama

Rasa Sebulan, Rindu Setahun - Tepung Pelita Paya Jaras Menu Wajib Buka Puasa!

Azwa Rahman
17/05/2019
04:49 MYT
Sponsor Banner
Rasa Sebulan, Rindu Setahun - Tepung Pelita Paya Jaras Menu Wajib Buka Puasa!
Kemeriahan Ramadan cukup terasa dengan adanya bazar yang menjual pelbagai lauk-pauk dan kuih-muih enak.
Salah satu menu kegemaran ramai sudah tentunya kuih tepung pelita.
Biarpun setiap bazar di Malaysia ini ada resipi tepung pelita tersendiri, Paya Jaras merupakan lokasi wajib untuk penggemar kuih ini.
Kuih putih hijau manis bersatu di dalam daun pandan ini merupakan hasil air tangan Nadzri Taris dan isterinya, Watie Abd Rahman.
Bermula pada tahun 1999 dengan hanya 15 dulang, pasangan suami isteri ini boleh berbangga kerana mereka kini memiliki sebuah kilang.
Lebih 100 orang pekerja diambil untuk menghasilkan kuih ini di kilang bagi memenuhi permintaan pelanggan.
Sepanjang Ramadan ini juga berpuluh peniaga kecil di lebih 50 bazar Ramadan di ibu kota akan mengambil stok kuih ini di kilang.
Menurut seorang penggemar kuih tersebut, Syahril Kadir, dia merupakan penggemar tepung pelita Paya Jaras sejak 10 tahun yang lalu.
“Setiap kali bulan Ramadan kalau tak kena tepung pelita depa, kira tak lengkap rasanya juadah berbuka”, tulisnya di Facebook.
Walaupun hampir 20 tahun beroperasi, keenakan kuih mereka tak berubah sedikit pun!
Cukup lemak dan manis, sesuai dengan slogan mereka, ‘rasa sebulan, rindu setahun’.
Disebabkan kuih ini jugalah, nama Kampung Paya Jaras yang terletak di Sungai Buloh menjadi sebutan ribuan warga kota setiap kali bulan puasa!
Sumber dan foto: Syahril A. Kadir
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar