Kalau tiba-tiba anda bosan nak ke bazar Ramadan ataupun buntu nak masak apa bagi hidangan berbuka, apa kata cuba nikmati selera berbuka puasa di 10 destinasi ini dengan bajet bermula serendah RM25 seorang hinggalah ke RM95. Ajak teman atau orang tersayang untuk berbuka puasa di luar sekali-sekala. Menariknya lagi, pelbagai restoran atau hotel kini menghidangkan pelbagai juadah menarik sempena Ramadan kali ini. Berdasarkan 10 destinasi buffet Ramadan yang kami nyatakan disini, anda boleh buat tempahan menerusi talian tertera. Selamat berbuka.

1. Restoran Istana Bambu, Ampang, KL

Promosi di Restoran Istana Bambu

Restoran Istana Bambu antara pilihan warga kota kerana lokasinya yang strategi. Dengan kawasan makan dan tempat letak kereta yang luas, Restoran Istana Bambu turut dilengkapi dengan surau serta wifi. Kambing bakar yang dibakar terus di hadapan anda anda menu yang paling mendapat perhatian.

Dewasa: RM55.60
Kanak-kanak: RM28.35
Menu Istinewa: Kambing bakar
Untuk tempahan:03-42514717

2. The Cut Steakhouse & BURGERS by Chef Zubir, Shah Alam

Pelbagai pilihan menu barbeku.

Terletak di Seksyen 13 Shah Alam, restoran ini agak popular kerana pemiliknya sendiri, iaitu salah seorang juri Masterchef Malaysia, Chef Zubir. Terkenal dengan sajian barbeku, jangan risau kerana ia turut menghidangkan sajian nasi dan lauk-pauk sebagai sampingan untuk dimakan bersama.

Dewasa: RM59++
Kanak-Kanak: RM29++
Menu Istimewa: Pelbagai hidangan barbeku
Untuk tempahan:03-78316111

3. Bangi Golf Resort, Bangi

Chef yang menyediakan menu berbuka.

Jika anda mahukan suasana resort namun menawarkan hidangan pada harga yang berpatutan, Bangi Golf Club sesuai untuk bajet anda kerana selain menghidangkan makanan bertaraf hotel, ia juga terletak di dalam kawasan dikelilingi padang golf yang mendamaikan.

Dewasa: RM58
Kanak-Kanak: RM28
Menu Istimewa: Kambing golek dan 40 aneka pemanis mulut
Untuk tempahan: 1-700-81-8557

4. Umai Café, The Lake Garden Café, Putrajaya

Aneka sajian berkuah

Terletak di tepi Tasik Putrajaya, Umai Cafe juga menjadi pilihan kerana harganya yang berpatutan dan variasi makanannya. Tidak terhad pada masakan melayu, Umai Cafe juga menyediakan makanan barat seperti spaghetti dan banyak lagi.

Dewasa: RM39.90
Kanak-Kanak: RM20
Menu Istimewa: Sajian lauk-pauk melayu
Untuk tempahan: 012-204 2028

5. Kelab Rahman Putera Malaysia, Sungai Buloh

Pelbagai kuih-muih melayu.

Kelab ini sentiasa menjadi pilihan mana-mana kumpulan besar untuk berbuka puasa. Terletak di Sungai Buloh, kelab ini juga dikelilingi dengan padang golf yang mendamaikan dan menawarkan sajian berbuka pada harga yang berpatutan.

Dewasa: RM50 (Isnin-Khamis)
Dewasa: RM70 (Jumaat-Ahad)
Kanak-Kanak: RM29
Menu Istimewa: Sajian barbeku
Untuk tempahan: 03-6156 6870

6. Dewan Sri Iskandar, Setiawangsa, Kuala Lumpur

Hidangan disediakan oleh Chef Yang Jamil

Pasti anda terkejut melihat harga buffet yang tertera? Itulah harganya bagi satu kepala di Dewan Sri Iskandar, Setiawangsa, Kuala Lumpur. Menariknya lagi, selain harganya yang sangat berpatutan, hidangan juga disediakan oleh chef selebriti, Chef Yang Jamil.

Dewasa: RM24.50 (Isnin-Khamis)
Dewasa: RM29.70 (Jumaat-Ahad)
Kanak-Kanak: RM15.90
Menu Istimewa: Barbeku
Untuk tempahan: http://dewan-sri-iskandar.smbmy.com/

7. Restoran Maidah Cuisine, Putra Heights, Subang Jaya

Antara menu paling laris.

Sering menjadi pilihan majlis perkahwinan, Maidah Cuisine juga tidak ketinggalan dalam menyediakan hidangan berbuka. Selain sate, dua menu lain yang menjadi buah mulut orang adalah Ayam Percik Kelantan dan Roti John Cheese Leleh. Anda harus cuba tiga menu tersebut kalau memilih berbuka di sini.

Dewasa: RM50
Kanak-Kanak: RM25
Menu Istimewa: Ayam Percik Kelantan dan Roti John Cheese Leleh
Untuk tempahan: 010-3614244

8. Restoran Santai Permaisuri, Bandar Tun Razak, Cheras, KL

Suasana persekitran yang cukup santai

Terletak di kawasan rekreasi dengan kemudahan parking yang luas, Restoran Santai Permaisuri antara pilihan mereka yang mahukan suasana tidak terlalu penuh dan santai. Menjadikan lauk-pauk melayu sebagai sajian utamanya, anda pasti balik kekenyangan dengan harga buffet yang cukup berbaloi.

Dewasa: RM29
Kanak-Kanak: RM12
Menu Istimewa: Aneka lauk-pauk melayu
Untuk tempahan: 017-6776316

9. Restoran Tuah Penchala, Kg. Sg Penchala, KL

Antara pilihan terbaik di Sungai Penchala.

Tuah Penchala antara restoran di Sungai Penchala, Kuala Lumpur yang menawarkan buffeet Ramadan pada harga yang berpatutan. Dengan suasana tenang dilengkapi deko indah, anda harus ke sini dan cuba daging salai masak lemak cili api, antara yang paling laku di sini.

Dewasa: RM55
Kanak-Kanak: RM39.90
Menu Istimewa: Kambing bakar, daging salai masak lemak cili api
Untuk tempahan: 019-4144537

10. Restoran Qureshi, TPC Kuala Lumpur, Bukit Kiara, KL

Suasana ibarat melangkah ke dalam istana di India.

Melangkah masuk ke Restoran Qureshi, mata terpesona dengan hiasan dalamannya yang membuatkan anda berasa seperti berada di India. Buat penggemar makanan India, anda harus ke sini dan rasa sendiri air tangan masakan chef yang cukup enak. Cadangan kami, anda boleh cuba Biryani Dum Gosht Lucknow serta hidangan ayam panggangnya. Berbaloilah bayar RM95 untuk satu kepala.

Dewasa: RM95
Kanak-Kanak: RM45
Menu Istimewa: Sajian asli India
Untuk tempahan: 03-20111007