Lifestyle
10 Gaya Rambut Piala Dunia Paling Mengancam!
Bila tiba musim Piala Dunia, maka jawabnya semua hidup bergelumang dengan bola. Senang cerita, makan bola, minum bola, tidur bola, mandi pun bola.
Satu perkara lagi yang patut ada adalah rambut bola! Jika diteliti pemain bola khususnya yang hebat, bukan saja skil bermakin ‘power’, rambut pun ada gaya!
Siapa boleh lupa style mohawk David Beckham yang menjadi fenomena termasuklah jejaka Malaysia.
Jika anda rasa nak tukar selera potongan rambut tu, boleh tengok senarai rambut player yang stylo ini.
#1 CRISTIANO RONALDO
Antara bintang terbaik ketika ini, walaupun nasib tidak menyebelahi pasukan Portugal. Namun bukan hanya skil di padang saja dikagumi, penampilannya juga dikagumi ramai.Penampilannya mudah dan rambutnya juga hanya menggunakan potongan pendek. Hanya sesekali saja beliau buat perubahan drastik. Potongan terbarunya ketika piala dunia ini yang lebih mudah dengan sedikit undercut.
Instagram: Cristiano
#2 LIONEL MESSI
Satu lagi bintang hebat dalam dunia bola sepak. Pemain Argentina ini pada awalnya agak popular dengan gaya Faux Hawk.Namun bagi piala dunia kali ini, gaya rambutnya hanya dibiarkan tebal dan kemudian disikat tepi.Tidak terlalu fancy, tetapi dengan gabungan jambang messi, pasti tergugat iman kaum wanita.
Instagram: Leomessi
#3: NEYMAR
Antara pemain muda yang menjadi dambaan ramai. Baik wanita atau lelaki. Neymar boleh dikatakan sebagai pemain pelapis yang mempunyai aura hebat.Jika mahu meniru gaya ini, biarkan sedikit panjang dan tebal di atas, dan nipiskan bahagian tepi rambut anda. Warnakan sedikit pada bahagian atas. Kalau rambut anda jenis curl, lebih senang.
Instagram: Neymarjr
#4 DAVID LUIZ
Seorang lagi pemain Brazil yang sinonim dengan gaya rambut menggerbang. Susah juga kalau nak tiru gaya rambut ini kerana bukan semua jenis rambut boleh.Kalau rasa gaya rambut anda sama dengan David ini, bolehlah cuba. Sedikit kerinting dan ‘high volume’.
Instagram: Davidluiz_4
#5 OLIVER GIROUD
Pemain Perancis yang juga bintang kelab Arsenal! Kalau dilihat gaya rambut pemain ini, sudah ramai jejaka mengayakan style sebegini.Potongan tebal di atas, disikat rapi serta bahagian tepi dinipiskan. Sedikit gel dan pomade diperlukan untuk memastikan rambut sentiasa nampak segar dan berkilat.
Instagram: Oliviergiroudofficial
#6 PAUL POGBA
Jika diimbas balik gaya rambut pemain Manchester United sebelum ini, Pogba lebih terkenal dengan rambut Mohawk yang agak rugged.Namun bagi musim Piala Dunia ini, Pogba menggayakan rambut ala tentera yang sedikit nipis dan pendek.
Tetapi jika mahu kelihatan 100% seperti Pogba, maka anda perlu lah membuat corak line seperti gambar di atas.
Instagram: Paulpoba
#7 LUKA MODRIC
Siapa yang tak mahu rambut sebegini. Tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek. Kalau berlari di padang, pasti beralun-alun rambut.Itulah gaya Luca Modric! Setiap kali beraksi tidak kiralah mewakili kelab Real Madrid atau negara Crotia, rambutnya pasti mencuri tumpuan.
Instagram: Luka Modric
#8 CHO HYUN WOO
Pemain Korea ini muncul sebagai 'man of the match' ketika perlawanan menentang German minggu lalu. Bermain sebagai penjaga gol Daegu DC dan Korea Utara, gaya rambut pemuda ini juga menarik perhatian.Nipiskan tepi rambut dan biarkan bahagian atas sedikit tebal dan panjang supaya anda boleh melakukan pelbagai gaya Cho Hyun-woo.
#9 DELE
Bamidele Jermaine atau lebih dikenali sebagai Dele Ali. Pemain kelab Tottenham dan juga England.Potongan rambut Dele digelar sebagai Drop Fade dan sesuai untuk semua jenis rambut. Tetapi bagi Dele, rambutnya diklasifikasikan sebagai Drop Fade Afro.
Jika anda mempunya jenis rambut sebegini, maka boleh lah cuba!
Instagram: Dele
#10 BIRKIR BJARNASON
Birkir Bjarnason merupakan pemain Iceland yang juga midfielder bagi kelab Aston Villa. Dengan rambut ikal mayang blonde digayakan beliau. Sedikit sebanyak mengingatkan kepada watak Thor.Simpan rambut anda hingga ke paras bahu dan kemudian warnakan mengikut gaya pemain ini. Selamat mencuba!
Instagram: birkirbjarnason
Must-Watch Video