LIFESTYLE
10 Hari Perjalanan Di India, Ini Antara Lokasi Insta Worthy Anda Patut Pergi!
India...sukar untuk diterjemahkan betapa cantiknya negara ini. Setiap negeri, mempunyai kelebihan dan kecantikkannya yang tersendiri.
Saya bersama dua lagi rakan daripada Astro Gempak berkesempatan menjelajah beberapa negeri di bumi India selama 10 hari dan ini mungkin antara lokasi anda patut pergi jika ke sini. (Perlu diingatkan kami tidak ke Kashmir atas faktor-faktor tertentu)
Kami tidak lama di sini, namun terdapat satu tempat yang kami rasa wajib untuk dikunjungi terutamanya ketika matahari sedang naik (sunrise). Lokasi berkenaan adalah Yamuna Ghat dan kalau boleh datanglah seawal jam 6 pagi.
#NEW DELHI
.jpg)
Sekali pandang ia hanyalah sungai biasa, namun apa yang membezakan sungai ini dengan sungai yang lain adalah kehadiran ratusan burung berkeliaran di sekitarnya.
.jpg)
.jpg)
Dari New Delhi kami kemudian ke Agra menaiki kereta api selama 4 jam. Anda boleh buat tempahan di sini.
Bersiap sedia untuk rasa kagum dengan seni binaan bangunan yang menjadi satu daripada tujuh keajaiban dunia! Taj Mahal merupakan simbol cinta Raja Shah Jahan untuk isterinya, Mumtaz Mahal.
#AGRA
.jpg)
Anda boleh ambil gambar berlatarbelakangkan Taj Mahal seperti mana pelancong lain ambil, namun terdapat satu bahagian di mana anda boleh mengambil gambar ala ‘silhouette’ bersaksikan Taj Mahal. Masuk saja Taj Mahal, pergi ke arah bangunan kiri bersebelahannya.
Anda boleh lihat gambarnya di bawah.

.jpg)
Penginapan: Bedwiser Hotel
Selalunya pelancong ke Mathura hanya untuk menyambut perayaan Holi memandangkan ia tempat kelahiran dewa Krishna. Lokasi ini disifatkan sebagai paling meriah (dan juga sedikit liar) untuk menyambut holi.
#MATHURA
.jpg)
Sebagai persediaaan, sapukan kulit dan rambut anda dengan bahan berminyak seperti vaseline atau lotion. Ia memudahkan anda membersihkan serbuk berwarna dan jika mahukan impak yang cantik, pakai baju berwarna putih bagi menyerlahkan lagi kombinasi warna.
Bagi anda yang mengambil gambar, pastikan sarung kamera DSLR anda bersesuaian dengan perayaan ini kerana kebarangkalian kotor sangat tinggi. Jika anda mempunyai telefon pintar yang boleh mengambil gambar dengan baik, ia sudah memadai.
.jpg)
Wanita dinasihatkan tidak pergi di kawasan yang terlalu dalam terutamanya di lorong-lorong yang tidak ramai.
Penginapan: Madvan Muskan Residency
Amaran: Perlu diingatkan, kebanyakan hotel di Mathura tidak menerima pelancong luar dan hanya membenarkan warga India tempatan saja menetap. Jadi, sebelum membuat tempahan, sila semak di bahagian polisi. Kami antara mangsa kekeliruan ini walaupun sudah membuat pembayaran di Booking.com. (Jadikan kesilapan kami ini sebagai pengajaran buat anda)
Disebabkan kehabisan tiket, kami menaiki kereta api dari Mathura ke Bharatpur sebelum berlepas ke Jodhpur.
Secara jujurnya kami telah memandang rendah terhadap Jodhpur. Kami hanya menjadikan Jodhpur sebagai lokasi persinggahan saja sebelum berlepas ke Jaisalmer pada waktu malamnya.
#JODHPUR
.jpg)
Apapun sebaik sampai ke Jodhpur pada jam 7 pagi, kami terus tersentak dengan kecantikan bandar yang digelar sebagai Blue City ini. Bukan saja lebih bersih berbanding bandar sebelum ini, malah susunan bangunannya dengan tona warna biru menjadikan lokasi ini unik!
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Tiada perkataan boleh diungkap ketika ini. Tambah pula, kami dihidangkan minuman tradisi mereka, teh chai.
Penginapan: Disarankan tinggal di Rani Mahal
Peringatan: Beli sari dan barangan kain di sini kerana harganya jauh lebih murah daripada bandar lain. Anda boleh dapat kain berkualiti dengan harga yang murah.
#JAISALMER
Destinasi pertama di Jaisalmer adalah Jaisalmer Fort yang terletak betul-betul di bandar ini. Di sini bukan sekadar fort semata-mata, malah ia dimeriahkan dengan pelbagai jualan barangan yang boleh anda beli seperti kasut, sari, selendang dan banyak lagi..jpg)
Destinasi kedua pula adalah kemuncak untuk trip di Jaisalmer kerana kami akan bermalam di padang pasir. Pengangkutannya pula bukan menggunakan tuk-tuk, kereta mahupun jeep sebaliknya hanya menunggang unta.

Kami tiba di padang pasir sekitar jam 5 petang dan ketika itu matahari betul-betul di hadapan kami. Tempoh waktu ini paling sesuai mengambil gambar kerana warna mataharinya tidak terlalu terang dan tidak terlalu gelap.
Anda boleh mengambil gambar secara silhouette seperti ini.

Bagi kelengkapan tidur pula, kami disediakan katil dan selimut. Berbanding agensi lain, mereka hanya menyediakan tilam semata-mata.
.jpg)
.jpg)
Sebelah pagi pula anda akan dihidangkan menu roti bakar, telur, buah dan menu tempatan yang kelihatan seperti quinoa. Ringkas tapi mengenyangkan.
Penginapan: Adventure Travel Agency Camel Safari
Tips: Bawa peralatan seperti tripod untuk mengambil gambar bintang atau milkyway.
Jaipur antara lokasi paling popular bagi pelancong seluruh dunia. Bandar ini mempunyai pelbagai lokasi yang wajib dikunjungi.
#JAIPUR
.jpg)
Hari pertama, kami menginap di Krishna Palace, hotel lama dengan dekorasi yang sungguh klasik. Beberapa bahagian di hotel ini memang sangat Insta Worthy.
_1.jpg)
Namun kami berjaya turut di sana menggunakan keadah tertentu. Rajin-rajinlah bersembang dengan penguatkuasanya.
.jpg)
Anda akan lihat usaha beberapa pelancong naik ke atas bucu tebing fort ini untuk bergambar.
.jpg)
Biarpun lokasi ini berada betul-betul di tepi jalan, namun seni binaannya cukup cantik. Paling cantik di Jaipur pada hemat saya.
.jpg)
Tips: Jika bergambar di Hawa Mahal, bawalah lensa yang sedikit wide bagi mengambil keseluruhan imej. Kami menggunakan sepenuhnya Canon M50.
Menyentuh mengenai kamera Canon M50 ini ia antara kamera mirrorless paling memudahkan. Saiznya kompak dan dilengkapi skrin sentuh pada skrinnya amatlah memudahkan. Hanya pilih tetapan menggunakan jari anda.

Video pula menyokong sehingga 4K/24p.
Sesuai digunakan untuk anda yang kerap travel, kamera ini turut dilengkapi penyambungan Wi-Fi, Bluetooth and NFC bagi memudahkan anda menyalin kesemua gambar dengan pantas.

Kesemua gambar di atas diambil menggunakan kamera Canon kecuali di Mathura (perayaan holi) atas faktor keselamatan. Dari segi bateri, kamera ini mampu bertahan sehingga petang dan berkemungkinan sehingga malam jika anda tidak banyak melakukan penggambaran video.
Jika anda mahu merujuk itinerary penuh, boleh klik di sini.
TIPS:
1. Sebaik sampai di lapangan terbang, teruslah dapatkan simkad di situ kerana kebarangkalian untuk anda di scam sangat tinggi di luar.
2. Pada yang mudah sakit perut, elakkan makanan makanan dijual di tepi jalan.
3. Banyakkan minum air mineral kerana cuaca di sana agak berbeza. (Jenama Kinley lebih yakin)
4. Semak polisi di setiap tempatan hotel kerana di Mathura, kebanyakkan tidak menerima orang luar.
5. Semak status kereta api. Jika RWL anda diklasifikasikan sebagai Waiting List manakala CNL adalah confirm.
6. Gunakan aplikasi IXIGO untuk memantau stesen kereta api anda. Klik > running status dan masukkan nombor train anda.
Must-Watch Video