Lifestyle

10 Makanan Khas Ramadan Dari Setiap Negara Yang Wajib Anda Tahu

Azwa Rahman
06/06/2017
04:49 MYT
Ramadan sememangnya bulan yang istimewa bukan sahaja terletak pada ibadahnya, tetapi juga persekitaran dan makanannya. Kalau di Malaysia, menu yang kita tak jumpa pada bulan-bulan lain tapi paling meriah di bulan Ramadan adalah bubur lambuk. Tapi bagaimana pula dengan makanan dari negara-negara lain?

1. Ramazan Kebabi (Turki)

Istimewa di Turki.
Makanan kegemaran ketika bulan Ramadan di Turki ini diperbuat daripada daging kambing dan rencah bawang. Paling enak jika dinikmati bersama roti pita dan yogurt.

2. Konafa (Timur Tengah)

Sejenis dessert enak.
Pencuci mulut seusai berbuka puasa, Konafa adalah pastri yang mengandungi keju di dalamnya. Rangup di luar, lembut di dalam. Nampak sedap sangat kan!

3. Paomo (China)

Hidangan sup kambing.
Masyarakat Islam di China gemar menikmati Paomo yang merupakan sajian roti yang direndam bersama sup daging kambing.

4. Capati (India dan Pakistan)

Capati dari India
Kalau dah bosan makan capati di Malaysia, capati di India dan Pakistan ni dimakan dengan sayuran, diisikan dengan daging dan diakan seperti kebab.

5. Dahi Vada (India)

Istimewa dari India.
Dahi vada adalah sajian ringan yang diperbuat daripada kacang lentil yang direndam semalam. Setelah dibentuk menjadi bulatan kecil, sos yogurt pedas ditabur sebelum dinikmati.

6. Haleem (Timur Tengah, India, Pakistan)

Sajian enak seperti bubur.
Haleem rasanya sama seperti bubur lambuk di mana sajian ini terisi daging rebus dan pelbagai sayuran.

7. Ayam 65 (India)

Lazatnya!
Lebih tertumpu di daerah Chennai, ayam 65 adalah ayam goreng rempah pedas. Kami tengok gambar je dah dapat agak mesti sedap.

8. Kolak (Indonesia)

Confirm sedap!
Negara jiran kita juga apa kurangnya. Sajian pencuci mulut ini diperbuat daripada pisang, ubi, nangka dan labu yang dimasak bersama gula dan santan.

9. Fattoush (Lebanon dan Arab)

Makanan sihat.
Antara menu sihat yang boleh didapati di negara timur tengah, Fattoush adalah salad sayuran yang dimakan bersama roti pita.

10. Ful medammes (Afrika Utara)

Menu istimewa Afrika.
Menu khas yang menjadikan kacang parang sebagai bahan utama ini turut enak dinikmati bersama roti pita.
Related Topics
Must-Watch Video
Laman Utama

Cuma Makan Salad & Kek, Pelayan Dedah Bil Kim Kardashian Cecah Ribuan Ringgit

gempak
20/07/2022
14:49 MYT
Ramai terkejut harga salad & kek Kim Kardashian.
drebar

Kesian, Penghantar Makanan Kena ‘Prank’, 40 Minit Tunggu Di Jirat Cina

gempak
05/02/2021
05:25 MYT
Dia turut menghubungi nombor telefon pelanggan misteri itu sebanyak 10 kali, tetapi panggilan itu tidak dijawab.
Gaya Hidup

Syurga Makanan! 4 Tips Ini Bakal Jadikan Gambar Anda Lebih Menyelerakan

gempak
10/06/2019
08:00 MYT