Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

10 Makanan Khas Ramadan Dari Setiap Negara Yang Wajib Anda Tahu

Azwa Rahman
06/06/2017 04:49 MYT

Ramadan sememangnya bulan yang istimewa bukan sahaja terletak pada ibadahnya, tetapi juga persekitaran dan makanannya. Kalau di Malaysia, menu yang kita tak jumpa pada bulan-bulan lain tapi paling meriah di bulan Ramadan adalah bubur lambuk. Tapi bagaimana pula dengan makanan dari negara-negara lain?

1. Ramazan Kebabi (Turki)

Makanan kegemaran ketika bulan Ramadan di Turki ini diperbuat daripada daging kambing dan rencah bawang. Paling enak jika dinikmati bersama roti pita dan yogurt.

2. Konafa (Timur Tengah)

Pencuci mulut seusai berbuka puasa, Konafa adalah pastri yang mengandungi keju di dalamnya. Rangup di luar, lembut di dalam. Nampak sedap sangat kan! 

3. Paomo (China)

Masyarakat Islam di China gemar menikmati Paomo yang merupakan sajian roti yang direndam bersama sup daging kambing. 

4. Capati (India dan Pakistan)

Kalau dah bosan makan capati di Malaysia, capati di India dan Pakistan ni dimakan dengan sayuran, diisikan dengan daging dan diakan seperti kebab. 

5. Dahi Vada (India)

 Dahi vada adalah sajian ringan yang diperbuat daripada kacang lentil yang direndam semalam. Setelah dibentuk menjadi bulatan kecil, sos yogurt pedas ditabur sebelum dinikmati.


6. Haleem (Timur Tengah, India, Pakistan)

Haleem rasanya sama seperti bubur lambuk di mana sajian ini terisi daging rebus dan pelbagai sayuran. 

7. Ayam 65 (India)

Lebih tertumpu di daerah Chennai, ayam 65 adalah ayam goreng rempah pedas. Kami tengok gambar je dah dapat agak mesti sedap. 

8. Kolak (Indonesia)

Negara jiran kita juga apa kurangnya. Sajian pencuci mulut ini diperbuat daripada pisang, ubi, nangka dan labu yang dimasak bersama gula dan santan. 

9. Fattoush (Lebanon dan Arab)

Antara menu sihat yang boleh didapati di negara timur tengah, Fattoush adalah salad sayuran yang dimakan bersama roti pita.

10. Ful medammes (Afrika Utara)

Menu khas yang menjadikan kacang parang sebagai bahan utama ini turut enak dinikmati bersama roti pita.

#Food #Food