Lifestyle

10 Sebab Hiking Menjadi Kegilaan

Azwa Rahman
13/05/2016
03:52 MYT
Sponsor Banner
10 Sebab Hiking Menjadi Kegilaan
Hiking menjadi pilihan ramai kini untuk mengisi masa lapang. Apa yang membuatkan aktiviti ini menjadi kegilaan sekarang?
Hiking menjadi kegilaan kerana:
1) Hiking buat anda gembira
Gambar: www.mycity-web.com
Menurut kajian Universiti Stanford pada tahun 2014, hiking boleh meningkatkan mood gembira dan mengurangkan keresahan anda.
2) Hiking boleh membantu orang yang depresi
Gambar: stayhealthyla.com
Sembilan puluh minit melakukan aktiviti panjat bukit ataupun gunung dan berada di sisi alam semulajadi boleh mengurangkan rasa depresi pada otak, kata kajian di dalam LA Times.
3) Hiking boleh mengurangkan stress
Gambar: www.mnn.com
Berjalan jauh, menolong rakan-rakan dan mendaki bukit boleh menjadi punca positif pada kepala dan hati yang stress akibat pelbagai masalah.
4) Hiking membantu anda menyelesaikan masalah
Gambar: www.sfgate.com
Menghabiskan masa mendaki bukit boleh meningkat kemahiran menyelesaikan masalah anda sebanyak 50%, kata kajian di dalam Huffington Post.
5) Hiking bantu tingkatkan memori
Gambar: www.photokaz.com
Dengan hanya satu jam menghabiskan masa bersama alam sekitar, prestasi memori anda akan meningkat 20%, menurut satu kajian di Universiti Michigan.
6) Hiking membantu anda lebih kreatif
Gambar: www.visitsequoia.com
Apabila anda mendaki bukit bersama teman-teman, mendaki hingga ke puncak, ia membantu anda untuk menjana idea-idea baru yang lebih kreatif.
7) Hiking meningkatkan stamina
Gambar: travelandtweet.com
Terutamanya anda yang suka mendaki di bukit dan gunung yang mencabar, kesannya sama seperti anda melakukan senaman kardio. Hiking menjadikan anda lebih fit dan membantu menbakar kalori sehingga 500 kalori dalam masa satu jam.
8) Hiking baik untuk kesihatan jantung
Gambar: www.sc-travel-adventures.com
Dengan melakukan aktiviti mendaki, ia merendahkan tekanan darah sekaligus mengurangkan risiko diabetes dan juga obesiti. Mendaki pada ketinggian yang lebih tinggi pula bagus untuk jantung anda.
9) Hiking di tepi laut bagus untuk anda
Gambar: blog.arcteryx.com
Kajian pada tahun 2012 menyatakan, mendaki di kawasan yang berdekatan laut biru boleh membantu anda kurang berfikir tentang masalah. Warna biru laut sememangnya menjadi penenang jika anda dilanda pelbagai dugaan.
10) Hiking menjanjikan keseronokan bersama keluarga dan teman
Gambar: www.teenink.com
Jika ada ahli keluarga dan teman-teman anda yang berkongsi hobi yang sama iaitu mendaki, ajaklah mereka bersama kerana sememangnya ia memberikan kegembiraan dan kepuasan yang maksima apabila anda sampai ke puncak dengan orang tersayang.
Lokasi menarik hiking sekitar Lembah Klang:
1) Bukit Broga, Semenyih
2) Air Terjun Chilling, Kuala Kubu Bharu
3) Gunung Nuang, Hulu Langat
4) Bukit Tabur, Taman Melawati
5) Canopy Walk, FRIM, Kepong
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live