Wanita kebanyakannya sering tersalah anggap layanan seorang lelaki terhadapnya. Seorang lelaki boleh melayani wanita yang dianggap kawan dengan baik, bergurau senda dan saling menasihati sedangkan di dalam hatinya tidak pernah terfikir perhubungan ini akan melangkah ke peringkat seterusnya. Wanita pula, mudah tertarik dengan lelaki yang banyak meluangkan masa dengannya, mendengar keluh kesah dan rajin melayani kiriman whatsapp darinya. Berhenti berharap, usah membuang masa dengan lelaki yang tidak menghargaimu dan mulalah meninjau kumbang lain.

1) Anda menjadi orang pertama memulakan perbualan atau menghantar ucapan selamat menerusi aplikasi whatsapp.

Gambar: symbols-n-emoticons.com

2) Si dia hanya membalas dua perenggan ayat anda dengan jawapan pendek dan tidak teruja untuk bercerita lanjut tentang harinya. Lebih menyedihkan jika hanya emoticon sebagai ganti.

Gambar: bbmstickercontest.id

3) Si dia sering menasihati dan mengambil berat tentang anda tetapi tindakannya itu secara berkala dan tidak konsisten. Jika dia konsisten dengan tindakannya, usah perasan duhai wanita, inilah masanya untuk anda bertanya pada rakan baiknya tentang status dan sikap lelaki pujaan anda itu.

Gambar: zul9blog.blogspot.com

4) Ada kalanya anda perlu menunggu lama untuk mendapatkan balasan mesej walaupun statusnya online. Dia hanya membiarkan anda terus menunggu dan meninggalkan blue tick sebagai hadiah sedangkan pada masa sama dia aktif bermesej di dalam group.

Gambar: northglennews.co.za

5) Dia sering menjadikan anda rujukan dan kaunter khidmat nasihat terutama dalam hal yang melibatkan pekerjaan harian (sekiranya dia bekerja satu pejabat dengan anda).

Gambar: symbols-n-emoticons.com

6) Jika dia mendapatkan nasihat anda untuk hadiah yang perlu diberikan kepada ‘wanita’, usah terlalu gembira kerana berkemungkinan si dia sedang mendampingi dan berkenalan dengan wanita lain.

Gambar: clipartbest.com

7) Dia sering mengelak untuk menjawab soalan berkenaan hati, status serta keluarganya. Baginya semua perkara itu terlalu peribadi untuk diceritakan kepada anda. Iyalah, anda tiada kepentingan buatnya.

Gambar: goodjobandotherthings.com

8) Sentiasa ingat, lelaki sifatnya memburu. Dia akan berusaha memburu dan memikat hati wanita yang diminati. Jika dia tiada kesungguhan, inilah masa terbaik untuk menilai semula perhubungan anda.

Gambar: theodysseyonline.com

9) Jika lelaki yang anda minati mempunyai pekerjaan tetap, mungkin anda perlu memberinya hint untuk dia memperkenalkan anda kepada keluarganya dan anda membawanya bertemu keluarga. Hanya lelaki yang serius dalam sesuatu perhubungan mampu melepasi fasa ini.

Gambar: livingloving.com

10) Jika segalanya telah anda lakukan tetapi masih gagal mengesan hatinya, cuba menjauhkan diri buat sementara waktu untuk melihat sejauh mana dia menyedari kehilangan anda. Jika anda langsung tidak penting baginya dan kehilangan anda tidak terlalu dirasai, apa tunggu lagi? Segeralah melangkah pergi.

Gambar: fluentu.com