Lifestyle

10 Video 'Mencicah' Jejaka Thailand Ini Buat Kita Terliur

Azwa Rahman
21/04/2017
07:53 MYT
Pernah anda ternampak jejaka Thailand ini bersama dengan video dia mencicah buah-buahan? Ya, video dia mencicah dan menikmati buah-buahan masam buatkan kami terliur.
Chumnan Maunghong, 27, berasal dari Bangkok memang gemar menikmati buah-buahan dan dijadikan 'colek'. Walaupun sudah lama terkenal di laman sosial, pengikut Chumnan dilihat semakin ramai apabila setiap satu video resipi mencicahnnya menjadi ikutan.Chumnan Maunghong
Dengan pengikut seramai 901, 348 setakat ini, video-video dia berkongsi cara membuat kuah penyicah buah-buahan dan menikmatinya mendapat sambutan ramai. Setiap satu videonya pasti mendapat lebih 20,000 likes dan dikongsi ribuan kali. Video Chumnan mencicah buah limau purut masam sahaja telah mendapat sehingga 9.5 juta tontonan.
Tidak hanya gemarkan mangga muda, Chumnan suka bereksperimen dengan apa jua buah termasuklah stawberry dan kiwi untuk dicicah. Reaksi Chumnan menahan masam setiap kali selepas suapan juga antara penarik videonya. Menggunakan bahan yang biasanya digunakan untuk membuat kuah pencicah, Chumnan akan meletakkan gula, serbuk cili, sos ikan dan sedikit ajinamoto lalu digaul hingga sebati dan dicampur dengan buah-buahan.
Berdasarkan komen-komen netizen di laman Facebooknya, rata-ratanya juga terliur, memuji keenakan dan tidak kurang yang bertanya sama ada pernah tak dia mengalami masalah sakit perut atau gastrik kerana terlalu suka menikmati makanan masam.
Mari kita lihat 10 video Chumnan mencicah buah-buahan yang boleh anda cuba selepas ini.

1) Mangga muda

2) Stawberry

3) Cermai

4) Limau purut

5) Mangga muda dan kiwi

6) Laici

7) Mangga muda

8) Rambai

9) Limau bali

10) Jambu air

Related Topics
Must-Watch Video
Laman Utama

Cuma Makan Salad & Kek, Pelayan Dedah Bil Kim Kardashian Cecah Ribuan Ringgit

gempak
20/07/2022
14:49 MYT
Ramai terkejut harga salad & kek Kim Kardashian.
drebar

Kesian, Penghantar Makanan Kena ‘Prank’, 40 Minit Tunggu Di Jirat Cina

gempak
05/02/2021
05:25 MYT
Dia turut menghubungi nombor telefon pelanggan misteri itu sebanyak 10 kali, tetapi panggilan itu tidak dijawab.
Gaya Hidup

Syurga Makanan! 4 Tips Ini Bakal Jadikan Gambar Anda Lebih Menyelerakan

gempak
10/06/2019
08:00 MYT