1) Berus foundation

Berus foundation digunakan untuk meletakkan bedak asas jenis cecair atau krim di bahagian muka dan meratakannya.
Alternatif: Ia juga boleh digunakan untuk meletakkan bedak asas di bahagian bawah mata untuk menghilangkan eye bag anda.2) Beauty blender

Span lembut ini digunakan untuk meratakan bedak asas terutamanya di bawah bahagian mata dan tulang pipi. Anda juga boleh rendamkan span dalam air dan tekap pada bedak asas untuk hasil yang sempurna.
Alternatif: Disaat kecemasan, anda boleh menggunakan span ini untuk meletakkan pemerah pipi dan menghilangkan cela akibat solekan yang berlebihan.3) Berus highlighter

Advertisement
Berus besar ini sempurna untuk meletakkan bronzer dan pemerah pipi disekitar tulang hidung dan tulang pipi.
Alternatif: Boleh menghilangkan lebihan solekan di wajah.4) Berus concealer
Berus kecil ini digunakan untuk meletakkan titik-titik kecil concealer di wajah bagi menutup cela kemudian ratakannya.
Alternatif: Berus ini boleh digunakan untuk membersihkan tepi lipstick yang tidak kemas.5) Berus contouring

Berus condong ini memudahkan anda membentuk tulang pipi dengan bedak yang lebih gelap sedikit.
Alternatif: Selain contour di wajah, anda boleh gunakan untuk contour di bahagian kulit lain serata badan seperti leher dan dada.6) Berus eye-shadow

Gunakan berus ini untuk meratakan pembayang mata versi serbuk ataupun krim.
Alternatif: Layangkan pada garisan bawah mata untuk hasil yang lebih smokey.7) Berus eye-liner

Berus ini untuk melukis garisan mata bercirikan krim ataupun gel.
Alternatif: Boleh digunakan untuk menambah kesan hitam pada kening untuk kelihatan lebat.8) Berus powder

Berus panjang dan tebal ini digunakan untuk meratakan loose powder.
Alternatif: Boleh digunakan untuk memerahkan pipi dengan blusher.9) Berus bibir

Sekali anda terbiasa menggunakan berus bibir untuk meletakkan lipstick, pastinya anda tidak mahu meletakkan lipstick terus dari bekasnya ke bibir. Berus membantu meratakan warna untuk hasil yang lebih halus dan penuh.
10) Berus kening

Berus kening terdiri daripada dua. Satu berus untuk meratakan lukisan yang telah dilukis pada kening untuk hasil yang penuh. Satu lagi untuk meratakan arah kening anda agar kelihatan lebih tersusun satu arah.
11) Berus kipas
.jpg.aspx)
Berus kipas digunakan untuk menanggalkan sebarang bedak yang tidak melekat dan meratakannya.
Alternatif: Berus halusnya membolehkan anda untuk meletakkan loose powder.