Lifestyle

12 Corak Lukisan Inai Bertemakan Syawal Dari 6 Pelukis Inai Yang Boleh Anda Cuba Lebaran Ini

Azwa Rahman
11/06/2018
07:07 MYT
Sponsor Banner
12 Corak Lukisan Inai Bertemakan Syawal Dari 6 Pelukis Inai Yang Boleh Anda Cuba Lebaran Ini
Persiapan menyambut Syawal semua dah disediakan? Apa kata tahun anda cuba sesuatu yang sedikit berbeza iaitu lukis inai di tangan! Menjadi salah satu perhiasan, inai juga merupakan penyeri bagi seseorang gadis. Tapi anda harus tahu beza antara corak yang sesuai untuk aidilfitri dan corak yang selalu digunakan untuk majlis perkahwinan. Menerusikan enam pelukis inai terkenal ini, kami simpulkan 6 corak lukisan inai yang boleh anda buat bagi menyambut syawal ini.

1. Sheema Henna

Lokasi: Sekitar Selangor dan Kuala Lumpur Harga: RM25 bagi corak Morocco dan RM15 bagi corak bunga (sebelah tangan). Telefon: 01110255768
Untuk trend 2018, corak Morocco lebih mendapat sambutan kerana cirinya yang unik dan cantik mata memandang. Selain itu untuk menambah keayuan, anda boleh gayakan corak bunga. Corak Morocco Corak Morocco

2. Nedhenna

Lokasi: Sekitar Selangor dan Kuala Lumpur Harga: RM10 (sebelah tangan) Telefon: 0196259825
Lukisan inai untuk menyambut Syawal selalunya cukup ringkas dan tidak terlalu berat. Cukuplah dengan sekadar lukisan memanjang dari jari membawa ke hujung tangan. Corak bunga Corak bunga

3. Tehafateha Henna

Lokasi: Sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan boleh ke luar daerah. Harga: RM10-RM15 (sebelah tangan) Telefon: 0199817107
Bagi tema raya, terpulang pada cara sambutan perayaan diri anda sendiri. Terserah anda mahu yang rekaan jenis sarat ataupun ringkas. Namun dua rekaan ini sesuai digayakan ketika menyambut Aidilfitri. Sarat namun masih kemas Corak bunga berantai

4. Syazmoralee Henna

Lokasi: Alam Avenue, Seksyen 16 Shah Alam dan Uptown Shah Alam, Seksyen 24. Harga: Serendah RM5 bergantung corak (sebelah tangan) Telefon: 0196259825
Pemakaian inai ketika menyambut hari raya sudah menjadi kebiasaan bagi segelintir orang. Pemilihan corak lebih tertumpu pada saiz tangan seseorang. Antara corak yang menjadi pilihan ketika menyambut hari raya adalah corak bunga, corak lace serta corak mandala. Corak lace
Corak bunga

5. Hennaaiena

Lokasi: Sekitar Selangor dan Kuala Lumpur Harga: RM10 (sebelah tangan) Telefon: 0173050048
Corak inai sebenarnya bergantung pada si pemakai. Sarat atau ringkas, terpulang pada sedapnya mata memandang. Corak yang ringkas dan berantai sesuai untuk memberi ilusi runcing pada jari. Selain inai merah, inai putih juga menjadi pilihan ramai kerana ia lebih kelihatan sopan dan berseri. Corak bunga ringkas Inai putih

6. HennaBelle

Lokasi: Sekitar Selangor dan Kuala Lumpur Harga: RM15 - RM20 (sebelah tangan) Telefon: 0134288675
Corak untuk menyambul Syawal perlulah ringkas dan kemas. Benda yang paling penting apabila anda melukis inai di atas tangan adalah kekemasan corak tersebut yang akan menyerikan penampilan lebaran anda nanti. Corak unik rekaan Hennabelle Ringkas namun kemas.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024