12 Corak Lukisan Inai Bertemakan Syawal Dari 6 Pelukis Inai Yang Boleh Anda Cuba Lebaran Ini
Persiapan menyambut Syawal semua dah disediakan? Apa kata tahun anda cuba sesuatu yang sedikit berbeza iaitu lukis inai di tangan! Menjadi salah satu perhiasan, inai juga merupakan penyeri bagi seseorang gadis. Tapi anda harus tahu beza antara corak yang sesuai untuk aidilfitri dan corak yang selalu digunakan untuk majlis perkahwinan. Menerusikan enam pelukis inai terkenal ini, kami simpulkan 6 corak lukisan inai yang boleh anda buat bagi menyambut syawal ini.
1. Sheema Henna
Lokasi: Sekitar Selangor dan Kuala LumpurUntuk trend 2018, corak Morocco lebih mendapat sambutan kerana cirinya yang unik dan cantik mata memandang. Selain itu untuk menambah keayuan, anda boleh gayakan corak bunga.
2. Nedhenna
Lokasi: Sekitar Selangor dan Kuala LumpurLukisan inai untuk menyambut Syawal selalunya cukup ringkas dan tidak terlalu berat. Cukuplah dengan sekadar lukisan memanjang dari jari membawa ke hujung tangan.
3. Tehafateha Henna
Lokasi: Sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan boleh ke luar daerah.Bagi tema raya, terpulang pada cara sambutan perayaan diri anda sendiri. Terserah anda mahu yang rekaan jenis sarat ataupun ringkas. Namun dua rekaan ini sesuai digayakan ketika menyambut Aidilfitri.
4. Syazmoralee Henna
Lokasi: Alam Avenue, Seksyen 16 Shah Alam dan Uptown Shah Alam, Seksyen 24.Pemakaian inai ketika menyambut hari raya sudah menjadi kebiasaan bagi segelintir orang. Pemilihan corak lebih tertumpu pada saiz tangan seseorang. Antara corak yang menjadi pilihan ketika menyambut hari raya adalah corak bunga, corak lace serta corak mandala.
5. Hennaaiena
Lokasi: Sekitar Selangor dan Kuala LumpurCorak inai sebenarnya bergantung pada si pemakai. Sarat atau ringkas, terpulang pada sedapnya mata memandang. Corak yang ringkas dan berantai sesuai untuk memberi ilusi runcing pada jari. Selain inai merah, inai putih juga menjadi pilihan ramai kerana ia lebih kelihatan sopan dan berseri.
6. HennaBelle
Lokasi: Sekitar Selangor dan Kuala LumpurCorak untuk menyambul Syawal perlulah ringkas dan kemas. Benda yang paling penting apabila anda melukis inai di atas tangan adalah kekemasan corak tersebut yang akan menyerikan penampilan lebaran anda nanti.