Kaki travel, kalau anda masih belum ada destinasi tujuan, apa kata mulakan langkah untuk menuju ke dua negeri dan dua daerah wajib lawat tahun 2019 ini.

Empat lokasi ini tersenarai di dalam Tahun Melawat 2019. Apa kata kita cuba jelajahi negeri Sarawak, Melaka Bandar Bersejarah, Rompin di negeri Pahang dan Tenom di Sabah.

1. Sarawak

Gua Mulu, Sarawak.

Negeri bumi kenyalang ini menjadi tumpuan tahun 2019. Bukan sahaja kerana mereka menyambut Tahun Melawat Sarawak tahun ini, Sarawak menjadi tarikan kerana pelbagai jenis pelancong. Sama ada anda penggemar adventure, kebudayaan atau bandar besar, semuanya ada di Sarawak.

Tiga perkara anda harus cuba:

1. Taman Negara Mulu telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Unesco pada tahun 2000. Anda boleh menyelusuri pelbagai jenis gua di kawasan ini yang menjanjikan 1001 keseronokan.
2. Anda pencinta haiwan? Jom melawat orang utan di Batang Ai. Di sini juga anda boleh nikmati kayanya budaya dan tradisi suku kaum yang ada di Sarawak.
3. Tak sah pergi Sarawak kalau anda tak beli dua menu istimewa Sarawak iaitu kek lapis dan ikan terubuk masin. Anda boleh ke tebing sungai Sarawak dan menaiki perahu tambang untuk ke seberang sungai. Ada pelbagai pilihan kek lapis dan ikan terubuk masin ada dijual.

2. Rompin (Pahang)

Makanan laut segar!

Terletak di negeri Pahang, Rompin kaya dengan persekitaran yang hijau dan dipersisiran laut. Tahun 2019 juga merupakan Tahun melawat Rompin yang menggalakkan lebih ramai orang mengunjungi daerah yang terkenal dengan Pulau Tioman ini.

Tiga perkara anda harus cuba:

1. Pekan tepi laut Kuala Rompin sesuai untuk anda yang mahukan ketenangan. Pekan kecil dengan tarikan bayu laut antara tarikan menggoda di lokasi ini.
2. Taman Negara Endau-Rompin menjanjikan kepuasan buat kaki masuk hutan. Anda boleh menemui pelbagai flora dan fauna dengan bantuan renjer hutan.
3. Kalau bandar tepi pantai, mestilah mereka kaya dengan hasil tangkapan laut. Rompin terkenal dengan udang segar yang senang didapati sepanjang bulan September dan Oktober.

3. Melaka

Encore, Melaka.

Negeri ini tidak perlukan pengenalan yang panjang lebar kerana bila tiba cuti umum atau cuti sekolah sahaja, pasti ramai rakyat Malaysia memilih Melaka sebagai destinasi road trip. Memilih tahun 2019 sebagai Tahun Melawat Melaka, apa lagi yang best di sini?

Tiga perkara anda harus cuba:

1.Jonker Walk antara tempat wajib singgah kalau anda ke Melaka. Walaupun tanpa niat membeli-belah, ada sahaja benda menarik yang boleh anda jumpa di Jonker Walk.
2. Encore Melaka merupakan tarikan terbaru di Melaka ekoran daripada seni binanya yang insta-worthy! Terletak di Kota Syahbandar, Encore Melaka merupakan sebuah teater untuk pelbagai pertunjukan.
3. Jalan-jalan cari makan di Melaka memang idea bernas. Dari asam pedas, ke kuih tradisional, ke coconut shake, perut anda akan sentiasa kenyang jika berada di Melaka.

4. Tenom (Sabah)

Sungai Padas antara yang mencabar.

Salah satu daerah di Sabah, Tenom ini rupanya ada tarikan indah yang mungkin kurang diberi perhatian sebelum ini. Kalau nak tahu apa lagi yang menarik di Tenom, apa kata trip yang seterusnya, selain pusing Kundasang sahaja, ambil peluang ke Tenom.

Tiga perkara anda harus cuba:
1. Minuman yang terkenal di sini semestinya kopi Tenom. Kalau ada yang dah rasa, apa yang membezakan kopi Tenom dengan kopi biasa? Kami akan masukkan Tenom dalam senarai wajib lawat yang seterusnya hanya untuk mencuba sendiri kopi Tenom.
2. Tenom menjadi lokasi berkumpulnya komuniti kaum Murut. Pada setiap 31 Mac, mereka akan meraikan Pesta Kalimaran. Di pesta inilah anda boleh merasai pengalaman kebudayaan kaum yang kaya adat dan budaya ini.
3. Pencinta sukan lasak kena datang ke Tenom dan cuba sendiri white water rafting di Sungai Padas. Terkenal antara sungai yang paling mencabar di Malaysia, inilah masanya untuk redah sahaja.

Jadi apa tunggu lagi? Empat destinasi ini menanti kunjungan anda untuk merancakkan lagi industri pelancongan Malaysia. Tak tahu janis penginapan apa yang ditawarkan di sekitar empat bandar ini, anda boleh rujuk Traveloka untuk mencari hotel idaman.