,
Lifestyle

20 Produk Kecantikan dan Kesihatan yang Dilarang oleh KKM

Iylia Adreena
05/05/2016
08:28 MYT
Pengguna zaman sekarang tidak perlu bersusah payah untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah kesihatan atau kecantikan kerana lambakan produk di pasaran dan ianya boleh didapati dengan semudah satu klik. Hanya layari beberapa laman Facebook atau Instagram, anda pasti akan terjumpa dengan produk yang ingin dicari. Cakap je nak produk apa, memutihkan, melangsingkan, ubat resdung, semuanya ada!
Tetapi, adakah anda peka dan tahu tentang produk yang anda gunankan? Maklum balas positif dari pengguna lain dan kata-kata manis penjual mungkin dapat meyakinkan anda untuk menggunakan produk tersebut tetapi ianya tidak memadai kerana produk tersebut boleh menyebabkan nyawa anda tergadai!
Jangan kerana populariti sesuatu produk anda mudah terpedaya dengan keberkesanannya kerana ianya mungkin mengandungi bahan racun atau bahan terlarang yang akan menyebabkan masalah kesihatan untuk jangka masa yang panjang. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerap kali membuat serbuan dan semakkan produk yang dijual serta melakukan rampasan ke atas produk-produk terlarang yang mempunyai bahan kimia merbahaya seperti raksa, hydroquinone, tretinoin, asid azelaik dan betamethasone. Pada tahun 2011, KKM telah merampas produk yang berjumlah RM27,461,997 kerana mempunyai bahan terlarang atau tidak didaftarkan dan mendapat kelulusan KKM.Selain itu, jika anda didapati memiliki atau menjual mana-mana produk yang disenarai hitamkan, anda bakal berdepan dengan denda sehingga RM25,000 atau penjara tiga tahun.
Baru-baru ini, produk kecantikan terkenal, Qu Puteh telah diarahkan untuk menarik balik semua produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dalam tempoh 72 jam kerana dikesan mempunyai merkuri pada paras yang tinggi. Pengeluar produk tersebut, Vida Beauty, akan dipanggil dalam masa yang terdekat untuk memberikan penjelasan tentang kandungan produk tersebut.
Jadi, adakah anda tahu produk yang anda gunakan selamat atau tidak? Jom, kita semak senarai produk di bawah ini jikalau ada di antaranya yang digunakan oleh anda.

Produk Kecantikan

Produk Kesihatan

Sebagai pengguna, kita harus bijak dalam membuat pilihan. Sentiasa amalkan sikap mengambil berat terhadap kandungan produk yang ingin digunakan dan lakukanlah sedikit research untuk melihat maklum balas orang ramai terhadap penggunaan produk tersebut. Anda juga boleh melayari laman sesawang ini untuk mendapatkan senarai penuh produk yang telah disenarai hitamkan kerana mempunyai bahan yang terlarang. Ingat ya, produk boleh dijual beli, tetapi kesihatan tak boleh diganti.
Semua infografik dan maklumat diperoleh daripada Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM dan Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri Kelantan.
Related Topics
Must-Watch Video
Sukan

Fitness Coach Lehaosem Tak Kisah Dilabel Mulut Lahar! - "Lantaklah, Bebel Saya Tu Tanda Sayang"

gempak
08/08/2024
03:55 MYT
​"Bila nak mula?," demikian ayat sempoi yang menularkan nama jurulatih kecergasan, Lehaosem di media sosial sejak kebelakangan ini.
Gaya Hidup

REDLINE Fitness Games Kini Kembali, Norman Hakim & Danish Antara Peserta Bakal Berentap!

gempak
09/07/2024
18:25 MYT
Selepas mencipta kejayaan tahun lalu, REDLINE Fitness Games sekali lagi bakal memberikan pengalaman yang lebih menggembirakan buat peminat kecergasan menerusi semangat pertandingan.
Berita

Syed Saddiq Berjaya Tamatkan Larian Maraton 200KM, Tiba Di Parlimen Dari Muar Selepas 4 Hari

gempak
01/07/2024
06:19 MYT
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya mengumpul kira-kira RM160,000, melepasi sasaran yang diletakkan menerusi misi 'Langkah Muar', sejak Jumaat lalu.
Laman Utama

Pelari Digantung 12 Bulan Penyertaan Sebab Tipu Maraton Naik Kereta

gempak
16/11/2023
13:45 MYT
Joasia Zakrzewki, 47, telah digantung selama setahun daripada menyertai sebarang pertandingan maraton oleh persatuan UK Athletics.
Laman Utama

Dr Zul Perincikan Hukum Sertai Larian Maraton Anjuran Institusi Berasaskan Riba - “Kami Syorkan Agar…”

gempak
11/10/2023
15:50 MYT
Ini penerangan Dr Zul
Unitar