Lifestyle
25 Kata Laluan Ini Punca Utama Akaun Anda Mudah Digodam!
Hari ini kecoh mengenai isu keselamatan sebuah bank di negara ini.
Pengguna bank terbabit didapati boleh log masuk ke akaun perbankan walaupun menggunakan kata laluan yang tidak tepat (dengan tambahan aksara dibelakang pada kata laluan pengguna).
Bagaimanapun tahukah anda sebenarnya kebanyakan kata laluan yang digunakan oleh penduduk seluruh dunia sebenarnya masih lemah.
Advertisement
Ini kerana sebuah firma CyberSecurity mendedahkan kebanyakkan kata laluan yang digodam pada tahun 2018 adalah '123456'. Nampak seperti remeh bukan, namun tahukah anda ia adalah kata laluan yang tertinggi untuk tahun kelima berturut-turut.
Selepas kata laluan '123456', lima lagi yang terkenal digodam seperti '123456789, 12345678, 1234, 111111 dan 1234567.
Bagi memudahkan anda, ini antara 25 kata laluan paling teruk atau mudah digodam tahun 2018.
- 123456
- password
- 1234567890
- 12345678
- 12345
- 111111
- 1234567
- sunshine
- qwerty
- iloveyou
- princess
- admin
- welcome
- 666666
- abc123
- football
- 123123
- monkey
- 654321
- !@#$%^&*
- charlie
- aa123456
- donald
- password1
- qwerty123
Must-Watch Video