Bagi penggemar kopi, pastinya anda pernah berangan untuk menjadi barista dan mencipta rasa kopi anda sendiri. Kini angan-angan untuk anda mereka perisa kopi sendiri boleh tercapai apabila sebuah jenama kopi terkenal, Nespresso memperkenalkan Barista, tiga perisa kopi edisi terhad terbaharu dimana dua daripadanya dibuat khusus bersama susu dan anda boleh menjadi barista dan merasai sensasinya di rumah.

Geoffrey Dalziel, Business Development Manager of Nespresso merasmikan Barista Nespresso.

Diilhamkan dari seni membuat kopi oleh barista yang hebat menggabungkan pelbagai rasa, Nespresso telah berkerja keras menghasilkan edisi Nespresso Barista ini. Terdapat tiga jenis kopi Barista ini yang anda harus cuba sendiri.

BARISTA Chiaro untuk Cappuccino

BARISTA Scuro untuk Espresso Macchiato

BARISTA Corto untuk Ristretto Hitam

Geoffrey Dalziel dan Jason Loo menikmati secawan Barista Nespresso mereka.

Walau apa pun perasa kopi kegemaran anda, Barista dari Nespresso pastinya sempurna untuk anda cuba. Segalanya boleh dibuat di rumah tanpa perlu keluar ke mana-mana untuk secawan kopi hebat. Ketiga-tiga perisa Barista Chiaro, Scuro dan Corto ini boleh diperolehi secara online di www.nespresso.com bermula 4 September. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Nespresso Malaysia di talian 1800 80 7001.