Jika tahun lepas KitKat memberi kita kejutan dengan KitKat berperisa nasi lemak, ais kacang dan aiskrim potong, kini KitKat menambahkan lagi empat perisa baharu iaitu Durian Delight, Traditional Onde Onde, Frothy Teh Tarik dan Milo mengikut citarasa rakyat Malaysia bersempena sambutan bulan kemerdekaan dan hari Malaysia. Sejak pelancarannya di Malaysia pada tahun 2016, KitKat “Chocolatory” telah menjadi peneraju dalam pengkhususan produk coklat yang menyediakan perisa peribadi pilihan rakyat Malaysia.

Selamat menyambut ulangtahun pertama!

KitKat “Chocolatory yang terletak di Mid Valley Megamall ini merupakan satu-satunya kedai konsep yang seumpamanya ini begitu cepat menjadi tumpuan penggemar coklat untuk merasai pengalaman gastronomik mereka sendiri serta untuk mencuba edisi khas yang sedia dibeli dihasilkan untuk memikat citarasa peminat coklat di Malaysia.

Dengan pelbagai pilihan ramuan premium seperti badam panggang, karamel kenyal, kepingan cili pedas dan ramuan lazat lain, KitKat “Chocolatory” menawarkan sebanyak 10,000 kombinasi perisa yang berbeza untuk pilihan pengguna. Di samping itu, penggemar coklat juga dapat memilih rangkaian kotak hadiah dalam pelbagai warna dan corak yang berbeza serta mesej dan imej tersendiri untuk menambah sentuhan peribadi yang menarik dalam rekaan coklat mereka.

Perisa ciptaan Rojak Daily.

Edisi khas KitKat “Chocolatory” juga boleh didapati untuk pembelian secara dalam talian dan untuk penghantaran ke rumah secara eksklusif melalui 11street (www.11street.my).