LIFESTYLE
5 Item Fesyen Jejaka Kasual Wajib Ada
Kasual amat sinonim dengan imej santai ataupun mudah. Buat jejaka yang suka tampil kasual, kini anda tiada alasan untuk tampil 'malas' kerana kasual juga boleh memberikan imej yang segar dan bergaya. Saat tampil kasual, pastikan anda memiliki lima item ini:
Celana jeans biru sudah sinonim dengan para jejaka. Baik yang masih kelihatan baru ataupun yang sedikit lusuh, jeans memberikan ekspresi santai pada pemakainya. Satu lagi kelebihan celana ini, ia mudah untuk disuai padan dengan apa jenis baju dan kasut.
2. T-shirt polos putih atau hitam
T-shirt polos putih atau hitam sangat terlihat maskulin dan kemas buat jejaka diluar sana. Dengan imej yang kemas dan tidak terlalu sarat, kombinasi tshirt polos ini bersama dengan jeans ataupun khakis pendek adalah sangat sesuai. Ia mudah dan nyaman.
Anda wajib mempunyai satu sweater yang mengikut bentuk tubuh sebagai koleksi. Tidak kira jenis hooded, jogging sweater ataupun seperti jaket, ia umpama pelengkap gaya tatkala hari anda bersenang-senang.
4. Sneakers
Anda mungkin mempunyai beberapa jenis kasut pilihan ketika keluar namun sneakers merupakan item wajib ada untuk kamu tampil kacak dikala kasual. Sneakers juga haruslah dijaga dengan baik agar kelihatan bersih, fresh dan tidak kusam serta kotor. Sneakers merupakan paduan yang cukup sempurna bagi jeans anda.
5. Dompet Kulit
Ini adalah barang yang wajib dimiliki untuk lelaki berjiwa kasual. Warna dompet kulit yang gelap seperti coklat atau hitam akan menambah penampilan anda lebih maskulin. Dompet kulit juga fleksibel untuk dipakai saat formal ataupun kasual.
Must-Watch Video