Lari daripada larian biasa yang membosankan dengan menyertai pelbagai acara larian unik yang turut diadakan di Malaysia. Kami senaraikan lima daripadanya. Beranikah anda menyahut cabaran kami?.
Electric Run 2016
Bila? 7 Mei 2016, mulai jam 8 malam
Advertisement
Di mana? Kelab Lumba Kuda Selangor
Maklumat lanjut: www.electricrun.my dan www.galactix.asia/electricrunmy
Acara larian besar-besaran ini kembali lagi tahun ini yang melibatkan jarak sejauh 5km dengan anggaran penyertaan sehingga 15,000 orang. Saksikan keterujaan peserta hadir dengan pelbagai gaya lampu neon dan berlari sambil diiringi muzik rancak.

Gambar: www.electricrun.my
International Culture Fun Run 2016
Bila? 7 Mei 2016, mulai jam 7 pagi
Di mana? Taman Botani Perdana
Maklumat lanjut: www.facebook.com/icfr2016 dan http://icfr2016.weebly.com
Bayangkan sekumpulan manusia berlari dengan memakai pakaian tradidi tempatan. Inilah yang sebenarnya terjadi pada 7 Mei. Mereka akan berlari sejauh 2km dengan baju melayu, kebaya, cheong sam, sari juga pakaian tradisi masyarakat Sabah dan Sarawak. Pendaftaran untuk tahun ini telah ditutup pada 30 April 2016 yang lalu, tetapi anda masih boleh mendaftar untuk acara ini tahun hadapan.

Batik Fun Run 2016
Bila? 14 Mei 2016, jam 7.30 pagi
Di mana? Kompleks Futsal 1Malaysia
Maklumat lanjut: http://srikandisportscarn.wix.com
Selain menggayakan pakaian batik setiap hari Khamis bagi kakitangan kerajaan juga kain batik yang selesa disarung sebagai pakaian harian, batik juga boleh dievolusi menjadi pelbagai gaya mengikut kreativiti anda. Malah terdapat banyak rekaan batik terkini yang cukup moden untuk digayakan. Evolusi batik ini tidak terhad untuk acara rasmi, anda boleh menggayakan batik ke larian batik yang bakal berlangsung minggu hadapan. Tentu menarik melihat pelbagai gaya batik oleh pelari sepanjang 5km.

Color Me Run 2.0
Bila? 28 Mei, mulai 5 pagi
Di mana? Cyberjaya
Maklumat lanjut: www.facebook.com/5kColorMeRun dan http://colormerunmy.strikingly.com
Pendaftaran untuk acara ini masih dibuka sehingga 25 Mei 2016 ini. Acara larian penuh warna ini dilengkapi dengan muzik dan tarian. Paling penting peserta perlu hadir dengan tshirt putih dan bersiap sedia untuk dilempar dengan warna.

Run For Your Lives
Bila? Akan dimaklumkan kemudian
Di mana? Sarawak
Maklumat lanjut: www.facebook.com/rfylmy dan http://www.runforyourlives.co
Acara larian sejauh 5km ini memerlukan kawasan seluas 150 ekar untuk dilaksanakan. Peserta perlu berlari dari garisan mula ke penamat dan pada masa sama perlu mengelak daripada menjadi mangsa zombie. Acara ini pernah dijalankan di Maeps Serdang pada 13 Disember 2014 dan acara seterusnya dijangka akan berlangsung di Sarawak.

Gambar: savemoney.my
Gambar: www.runsociety.com