Lifestyle

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan Beg Jenama Save My Bag

Azwa Rahman
02/02/2017
03:57 MYT
Sponsor Banner
5 Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan Beg Jenama Save My Bag
Jenama beg dan aksesori Itali, Save My Bag telah membuka butiknya yang pertama di Kuala Lumpur iaitu di Suria KLCC. Butik ini merupakan butik ke-27 Save My Bag setelah bertapak di Rom, Sydney, Jepun, Mexico, St Tropez, Singapura dan banyak lagi serata dunia.
Gambar: Azwa/Rojak Daily
Beg Save My Bag yang mempunyai material kalis air ini boleh didapati dalam rekaan polos dan bercorak unik yang sememangnya menjadi pilihan fesyenista kota. Diciptakan untuk melindungi pelbagai barangan beharga yang sering dibawa bersama ketika anda berjalan-jalan, beg ini 100% diperbuat di Bergamo, Itali dan menggunakan material poly-fabric dengan fiber lycra yang sama seperti neoprene. Sebuah beg Save My Bag ini terlalu ringan jadi ia memudahkan pergerakan anda. Ia juga boleh dicuci dengan air sejuk.
Gambar: Azwa/Rojak Daily
Kami berkesempatan hadir ke majlis pelancaran butik Save My Bag yang dihadiri oleh Pengurus Eksport Save My Bag, Alessandro Matteuzzi dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti tempatan dan fesynista terkenal bagi memperkenalkan jenama ini kepada warga kota.
Hadir dalam 40 pilihan warna dan 10 rekaan, beg Save My Bag ini boleh digunakan di dalam sebarang acara. Anda boleh pilih dari rekaannya yang menawan seperti MISS, Black Label MISS, Bubble, Pop Star, Portofino, Hippy Clutch, Baby dan Principe.
Gambar: Azwa/Rojak Daily
Untuk anda pencinta beg dan ingin menambah koleksi mewah anda, boleh ke Lot 203C, Level 2, Suria KLCC dan dapatkan sebuah beg tangan trend ini. Nak cuci mata, anda boleh lihat koleksi menawan ini disini.
Lima sebab kenapa anda perlu dapatkan beg Save My Bag:1) Beg Save My Bag adalah kalis air jadi anda tidak perlu risau perlu berlari-lari dalam keadaan hujan. 2) Beratnya yang ringan, memudahkan pergerakan anda. 3) Boleh dibasuh untuk menanggalkan sebarang kotoran. 4) Diperbuat daripada poly-facric dan fiber lycra. 5) Terdapat dalam 40 warna yang memang cantik dan rambang mata!
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024