Lifestyle

6 Resipi Berasaskan Oat Berkhasiat Untuk Menu Berbuka Dan Bersahur

Azwa Rahman
02/06/2017
05:06 MYT
Dalam menjalani ibadah puasa, pastinya anda mahu tampil bertenaga sepanjang hari. Apa menu yang sesuai untuk memberikan nutrisi kepada seisi keluarga? Semestinya Quaker Oat yang memberikan kebaikan nutrisi dan faedah kesihatan. Bersempena ulang tahun ke-140 mereka, Quaker Oat bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, malah boleh disertakan di dalam pelbagai resipi untuk melazatkan lagi masakan anda. Oat juga sesuai dihidangkan untuk apa jua menu berbuka dan bersahur anda. Bosan asyik membeli di bazar Ramadan, kini anda boleh cuba enam resipi berkhasiat dan enak ini.

6 resipi berasaskan oat yang berkhasiat

1. Kutlet Ayam

Masa penyediaan: 5 minit Masa memasak: 8 minit Ramuan:
  • 2 filet ayam tanpa tulang, dibuang kulit dan lemak, dicincang
  • 10 sudu besar Oat Segera/Oat Cepat Dimasak Quaker
  • ½ bawang saiz sederhana, dihiris halus
  • ½ inci halia, dihiris halus
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar kicap cair
  • ½ sudu teh garam
  • 2 sudu teh minyak masak tak tepu
Kaedah:
  • Campurkan ayam cincang dengan oat, bawang, halia, bawang putih, kicap cair dan garam di dalam mangkuk.
  • Lecek campuran tersebut dengan sempurna dan bahagikan kepada 4 bahagian.
  • Tekan setiap bahagian kepada kutlet yang leper.
  • Menggunakan periuk tidak melekat, reneh satu kutlet dengan setengah sudu teh minyak dan tutup penutup periuk.
  • Gunakan baki minyak untuk memasak kutlet lain.
  • Siap dihidang bersama sos kegemaran anda.

2. Bubur Lambuk

Masa penyediaan: 20 minit Masa memasak: 30 minit Ramuan:
  • 300g beras, dicuci bersih dan ditos
  • 150g ubi keledek, dipotong dadu
  • 100g Oat Cepat Dimasak Quaker
  • 8 biji bawang merah, dihiris
  • 6 ulas bawang putih, dihiris
  • 4cm halia, dihiris halus
  • 50g udang kering
  • 300g daging, dihiris halus
  • 2 liter air
  • 200g santan
  • 3 sudu besar budu
  • 1 sudu besar lada hitam, ditumbuk kasar
  • 80g dauk kaduk, dihiris halus
  • 80g dauh selasih, dihiris halus
  • 80g pucuk paku, ambil bahagian muda sahaja
  • 80g daun kemangi, guna bahagian daun sahaja
  • garam secukup rasa
Untuk hiasan:
  • 6 biji cili merah, dihiris
  • 30g daun sup, dihiris halus
  • 50g bawang goreng
Kaedah:
  • Panaskan 4 sudu besar minyak sayuran. Tumis halia, bawang merah, bawang putih dan udang kering sehingga wangi
  • Masukkan air, beras, oat, ubi keledek dan daging. Masak sehingga air mendidih kemudian kecilkan api dan biar mereneh selama 20-25 minit. Kacau adunan sekali-sekala.
  • Masukkan santan, budu, lada hitam dan garam secukup rasa, daun kaduk, daun selasih, daun kemangi dan pucuk paku, masak hingga bubur mendidih.
  • Taburkan dengan cili merah, daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

3. Biskut Lembut Coklat-Cip Oat

Masa penyediaan: 20 minit Masa memasak: 20 minit Ramuan:
  • 1 cawan marjerin tak tepu, dilembutkan
  • 1 cawan gula perang
  • 4 biji putih telur, dipukul
  • 2 sudu besar susu tanpa lemak atau rendah lemak
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 1 cawan tepung gandum penuh
  • ¾ cawan tepung serbaguna
  • 1 sudu teh soda penaik
  • ½ sudu teh garam
  • 2 setengah cawan Oat Segera/Oat Cepat Dimasak Quaker
  • 2 cawan butiran coklat separa manis
  • 1 cawan kacang, dicincang halus (Kacang mengikut pilihan anda)
Kaedah:
  • Pra-panaskan ketuhar pada suhu 190 darjah celcius.
  • Pukul marjerin dan gula pasir sehingga berkrim.
  • Tambah telur, susu, esen vanilla, pukul dengan sempurna.
  • Tambah tepung, soda penaik, garam, oat, butiran coklat dan kacang, gaul sama rata.
  • Bagi setiap biskut, senduk satu sudu besar adunan ke atas kertas pembakar tanpa disapukan minyak, pada jarak yang sama yang diletakkan di atas dulang pembakar.
  • Bakar biskut selama kira-kira 9-10 minit atau sehingga biskut menjadi rangup dan dibakar secara sekata.
  • Apabila biskut siap, biarkan biskut sejuk dan bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.

4. Biskut Kranberi dan Kismis Sultana

Masa penyediaan: 20 minit Masa memasak: 25 minit Ramuan:
  • 250g mentega bergaram pada suhu bilik
  • 150g gula perang lembut
  • 2 biji telur kecil
  • 320g tepung naik sendiri, diayak
  • 60g kranberi kering
  • 60g kismis sultana
  • 70g campuran bijirin Quaker
  • 3 sudu teh esen vanilla
Kaedah:
  • Pra-panaskan ketuhar pada suhu 160 darjah celcius.
  • Lapik dulang pembakar dengan kertas silikon
  • Campurkan tepung yang diayak dengan kranberi, kismis sultana dan bijirin Quaker. Gaul dengan sebati dan ketepikan.
  • Pukul mentega, gula dan esen vanilla sehingga adunan menjadi ringan dan gebu. Masukkan sebiji telur dan gaul sebati sebelum masukkan sebiji lagi.
  • Masukkan campuran tepung dan gaul sebati. Biarkan adunan dalam peti sejuk selama setengah jam sebelum dibakar.
  • Gunakan skop aiskrim kecil untuk cedok adunan ke atas dulang pembakar. Biarkan ada jarak sedikit supaya biskut mengembang.
  • Bakar dalam ketuhar selama 25 minit.
  • Keluarkan dari ketuhar dan biarkan biskut sejuk.
  • Simpan biskut dalam bekas kedap udara.

5. Susu Kocak Oat Mangga

Masa penyediaan: 5 minit Masa memasak: 3 minit Ramuan:
  • 5 sudu besar Oat Segera/Oat Cepat Dimasak Quaker, dikisar menjadi tepung
  • 1 mangga masak, dikupas dan dipotong dadu
  • 1 cawan susu tanpa lemak atau rendah lemak, disejukkan
  • 1 sudu teh gula atau pemanis kalori rendah
  • ½ cawan ketulan ais
Kaedah:
  • Tambah oat, manga, susu, gula atau pemanis dan ais dalam pengisar.
  • Bancuh adunan dengan sempurna.
  • Tuangkan ke dalam gelas dan hidangkan.

6. Penkek Oat, Jagung dan Ayam

Masa penyediaan: 10 minit Masa memasak: 20 minit Ramuan (penkek):
  • ¼ cawan Oat Segera/Oat Cepat Dimasak Quaker
  • ½ cawan tepung gandum penuh
  • ½ sudu besar serbuk penaik
  • ½ sudu teh garam
  • ½ cawan susu tanpa lemak atau rendah lemak
  • ½ telur, dipukul dengan sempurna
  • 1 sudu besar minyak masak tak tepu, untuk memasak penkek
Ramuan (inti):
  • 100g filet ayam tanpa tulang, dibuang kulit dan lemak, dicincang
  • 1 sudu besar minyak masak tak tepu untuk memasak ayam
  • 4 sudu besar isi jagung, direbus
  • 1 lada benggala merah, dipotong dadu
  • 2 cili merah, dihiris halus
Kaedah:
  • Campurkan semua ramuan penkek kecuali minyak masak dan ketepikan.
  • Dalam periuk tak melekat, goreng kilas ayam cincang dengan 1 sudu teh minyak masak sehingga dimasak sempurna dan ketepikan.
  • Dalam periuk tak melekat lain, panaskan ¼ sudu minyak masak dan tuang satu sudu besar adunan penkek ke dalam periuk.
  • Ratakan adunan dalam periuk, tutup penutup dan biarkan beberapa saat.
  • Apabila adunan penkek mula membuak, taburkan isi ayam tadi, isi jagung, lada benggala dan cili merah di atas penkek.
  • Tutup penutup dan biarkan adunan masak sekata.
  • Apabila penkek masak, keluarkannya dan hidang dengan sos pilihan anda.
  • Gunakan adunan tadi untuk membuat 3 lagi penkek.
Related Topics
Must-Watch Video
Viral

Kongsi Diet Sihat, Netizen Ambil Peluang ‘Usik’ Khairul Aming - “Raya Nanti Kau Nak Kurus Sorang Ke?!”

gempak
20/03/2024
03:55 MYT
Makan tak salah, tapi kesihatan kena jaga
Viral

Viral Resepi Kurma Campur Mentega Untuk Berbuka Puasa, Ini Penjelasan Dr Zulkifli Al-Bakri Tentang Khasiatnya!

gempak
11/03/2024
06:55 MYT
Macam sedap, boleh cuba ni
Laman Utama

Lagi 100 Hari Nak Ramadan, Khairulaming Dah Bagi Hint! Netizen Tanya, “Okay Dah Boleh Start Prepare Barang Ke Ni?”

gempak
03/12/2023
09:55 MYT
Dia mai dah guys mai dah heheh
Laman Utama

Lama Menyepi, Ramai Tanya Ira Kazar - “Mana Next Resipi, Macam Lama Tak Ada Hello Everyone”

gempak
31/10/2023
06:25 MYT
Hello everyone...
Laman Utama

Shila Amzah Tak Lokek Kongsi Resipi ‘Paling Senang Dalam Dunia’ – “Kegemaran Saya”

gempak
14/10/2023
14:25 MYT
Lovenya resipi Shila ni, bila-bila pun boleh buat.