Bagi meraikan lima tahun komitmen jenama fesyen terkemuka FashionValet dalam Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW), tahun 2017 ini lebih istimewa kerana FashionValet dan KLFW telah bergabung tenaga dalam mengetengahkan bakat-bakat warga Malaysia dengan kempen kemuncak #IAMHOMEGROWN untuk acara minggu fesyen tahun ini.

Kempen #IAMHOMEGROWN menampilkan lebih daripada 60 ikon Malaysia dalam pelbagai bidang dan latar belakang. Antara ikon-ikon yang terlibat termasuklah pelakon terkemuka, Puan Sri Tiara Jacqueline dan Bront Palare, ahli muzik terkenal, Joe Flizzow, pereka-pereka fesyen Mimpikita dan Khoon Hooi, serta ikon kulinari tersohor, Datuk Chef Wan dan Madam Kwan. Tidak kira bangsa, agama mahupun pandangan politik, ikon-ikon terkemuka ini bersatu menyokong kempen ini.

Antara ikon #IAMHOMEGROWN

“Hanya satu perkara yang dapat menyatukan kita bersama di negara ini tidak kira bangsa, agama mahupun pandangan politik; kita semua adalah rakyat Malaysia. Melalui semangat kemerdekaan, lahirlah #IAMHOMEGROWN dengan satu tujuan, merai sumbangan kita sebagai warganegara Malaysia dan mereka yang telah mengharumkan nama Malaysia!” kata Fadzaruddin Anuar, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif FashionValet.


Aireen Omar dan pasangan Neno

Demi menjayakan kempen #IAMHOMEGROWN, jenama FashionValet FV BASICS telah menghasilkan koleksi berinspirasikan Street Style iaitu kemeja-T, jumpers/sweaters, dress jumper labuh dan leggings dengan jenama #IAMHOMEGROWN dicetak di setiap helaian pakaian. Koleksi ini dihasilkan daripada kain kapas campuran dalam rona hitam dan putih. Dengan estatik minimalist, koleksi ini sememangnya bakal menjadi pakaian asas bagi pencinta Street Style. Direka untuk digayakan setiap hari buat kaum wanita mahupun lelaki, setiap koleksi ini pasti menonjolkan kebangaan si pemakai sebagai rakyat Malaysia.

Sebahagian koleksi #IAMHOMEGROWN

Empat tingkat di atas pentas KLFW 2017, butik FashionValet Pavilion diubah menjadi lounge fesyen paling chic bersama perabot yang ditaja oleh Recro Furniture. Sofa empuk di tengah-tengah butik disediakan khas untuk fashionista yang inginkan rehat seketika setelah penat berjalan manakala di ruang solekan tajaan kosmetik NITA dan Simplysiti pula bakal melihat para jurusolek menunggu fashionista yang inginkan kemasan solekan sebelum menuju ke pentas peragaan seterusnya. Potret-potret ikon Malaysia yang menghiasi kempen #IAMHOMEGROWN juga ditayangkan di dalam butik ini.

“Kami sememangnya bangga dapat menjadi sebahagian daripada acara berprestij yang mengetengahkan bakat fesyen di pentas KLFW ini. Sebagai acara fesyen terunggul di Malaysia, tahun ini kami ingin memperkukuhkan lagi semangat rakyat Malaysia. Kita semua sangat bangga menjadi rakyat Malaysia. Jadi jom kita raikan pencapaian kita sambil memakai koleksi ini dengan bangganya!” tambah Vivy Yusof, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Kreatif FashionValet.

Sebahagian koleksi #IAMHOMEGROWN

Koleksi #IAMHOMEGROWN FV BASICS ini merangkumi rangkaian saiz daripada S/M hingga M/L. Berharga antara RM59 ke RM109, koleksi ini dijual di butik FashionValet dan di gerai pop-up sekitar Pavilion bermula daripada 16 Ogos 2017. Pre-order pula boleh didapati melalui laman web www.fashionvalet.com daripada 16 hingga 21 Ogos 2017.