LIFESTYLE
7 Bandar Dengan Wanita Tercantik Di Dunia!
Keindahan sesuatu tempat tidak hanya terletak pada sudut geografi, alam semulajadi malah orang tempatannya. Kecantikan semulajadi wanita tempatan menjadi salah satu faktor bandar ini menjadi tumpuan dunia. Tujuh bandar ini diakui mempunyai para jelitawan yang mampu membuatkan anda jatuh hati.
1) Milan Itali
Bandar yang menjadi kota fesyen ini tanpa ragu-ragu memiliki populasi wanita yang jelita. Jika ke sana, anda boleh lihat mereka bukan sahaja cantik malah cukup bergaya. Tak perlu untuk menjadi model, wanita biasa juga mempunyai wajah yang cukup mempersonakan.
2) Kiev, Ukraine
Dalam satu kajian ada menyebut bahawa wanita di Ukraine antara yang tercantik di dunia. Wanita-wanita ini begitu menawan sehingga anda boleh jatuh cinta pandang pertama. Rata-rata lelaki yang berkunjung ke Kiev, pasti hatinya akan tertinggal disana.
3) Stockholm, Sweden
Wanita di Sweden terutamanya Stockholm rata-ratanya cukup jelita. Lebih tepat sekali, mereka seksi dan mengoda.
4) Beirut, Lebanon
Menjadi negara timur tengah yang berada di dalam senarai ini, wanita-wanita Beirut memang terkenal dengan keunikan wajah mereka. Kulit yang sawo matang, hidung mancung, mata bulat menawan menjadikan wanita-wanita timur tengah begitu dipuja.
5) Rio de Jeneiro. Brazil
Di bandar inilah anda akan bertemu dengan wanita yang berwajah unik dan bentuk badan yang menarik. Wanita-wanita Brazil memang terkenal dengan bentuk badan yang sempurna. Tidak hairanlah ramai supermodel dunia berasal dari Brazil. Jika berkesempatan melawat Brazil ketika pesta Carnival, pastu anda terus jatuh hati kerana mereka akan tampil dengan koleksi busana yang indah.
6) Caracas, Venezuela
Caracas dianggap bandar yang sesuai untuk para jejaka bujang kerana wanitanya begitu menawan dan seksi. Wajah latin mereka cukup membuatkan anda tepersona. Namun sayangnya bandar Caracas turut tersenarai sebagai bandar yang berbahaya kerana kes jenayah yang semakin meningkat.
7) Montreal, Kanada
Terletak di Kanada, Montreal mempunyai wanita-wanita berwajah orang putih asli dan bentuk fizikal yang menawan. Sebab itulah kebanyakan agensi model di Kanada mengunakan gadis tempatan bagi menghiasi majalah, billboard dan sebagainya kerana kecantikan semulajadi mereka.
Must-Watch Video