Beberapa hari lagi kita bakal menjengah ke tahun baru, 2019. Sepanjang tahun 2018 ini pelbagai kisah uka dan duka mendapat perhatian masyarakat Malaysia.

Tahun 2018 ini menyaksikan ramai orang yang namanya antara yang disebut-sebut sepanjang tahun 2018 ini tidak kira apa jua kisah mereka.

Tidak mahu memandang soal viral positif atau negatif, ada lapan nama yang telah berjaya menarik perhatian netizen tahun ini.

Disusun secara rawak, siapakah yang berjaya masuk dalam senarai lapan orang paling viral tahun 2018?

1. Awek Cendol

Nur Anizah Tahang atau lebih dikenali sebagai Nija, 'awek cendol', 20 tahun, tular sekitar awal tahun 2018 gara-gara rengekan lapar dan panasnya mendapat perhatian netizen. Rakaman ‘manja lapar’ yang dibuat apabila dia cuba meraih simpati teman lelaki sehingga dipujuk untuk membelikannya cendol, sebagai ‘mengada-ngada’.

Bagi Nija sendiri, dia menjelaskan video aksinya yang tular itu dirakam secara spontan dan tidak dibuat-buat. Selepas videonya tular, ramai netizen turut sama meniru aksi Nija dengan merakamkan video parodi.

Tular sehingga dipanggil ke program 'Motif Viral', video rakaman Nija di 'Motif Viral' itu telah mencapat 3 juta tontonan sehingga tersenarai di no. 9 video paling trending di YouTube Malaysia tahun 2018.

2. Fattah Anas

A post shared by KUCINGMEEHUN (@fattahanas_boyyeah) on

Segalanya bermula dengan video tular adik Anas yang berlagak seperti kucing yang masuk ke dalam sangkar lalu diusik bapanya yang menghiburkan para netizen dengan telatah comelnya. Anas kini semakin mendapat perhatian dan mempunyai peminat sama seperti anak-anak selebriti popular yang lain.

Walaupun baru berusia dua tahun, gelagatnya yang bijak membuatkan Anas nampak berani dan yakin, mengalahkan kanak-kanak berusia empat dan lima tahun. Untuk mengikuti perkembangan dan aktiviti Anas dan bapanya, anda boleh ke laman sosial Facebook Fattah Anas ataupun Instagram @fattahanas_boyyeah yang kini mengumpul hampir 600 ribu pengikut.

3. Santesh

Lagu "Amalina" melonjakkan nama pemuda berusia 30 tahun ini menuju ke puncak populariti. Santesh atau nama sebenarnya Shantesh Kumar berjaya menambat hati netizen dengan lagu ciptaan Harry Khalifah dan lirik oleh Room None. Setelah empat bulan dimuat naik ke laman YouTube, video muzik "Amalina" telah mendapat 23 juta tontonan!

Tidak menduga lagu dendangannya mendapat sambutan hangat khalayak memandangkan dia bukan penyanyi Melayu, Santesh kini tampil dengan ''Amalina' versi Tamil.

4.Gadis Jeng Jeng Jeng

Akibat satu video dirinya sedang mempromosikan teater terbaharunya, nama Nurul Syuhada Mohamad A'zi atau lebih dikenali dengan nama 'Gadis Jeng Jeng Jeng' menjadi bualan hangat netizen.

Syuhada bersama dua rakannya, Iellyas Fietrie, Fathi Radzi dan Raihan MJ yang juga anak didik aktres handal, Fauziah Nawi melakonkan beberapa aksi dalam teater Kembang Layarku.

Muncul dalam slot 'Selamat Pagi Malaysia' di saluran RTM1, aksi menari sambil menyanyi 'jeng jeng ke jeng jeng jeng jeng' itu mendapat perhatian ramai sehingga dijadikan meme.

5. Faiz Roslan

Namanya meniti di bibir netizen sekitar pertengahan tahun 2018. Faiz Roslan terpalit kontroversi apabila dia memuatnaik video tarian yang keterlaluan dan berimej seksi bersama dua lagi rakannya melakukan gerak bibir (miming) untuk lagu 'Lagi Syantik', nyanyian Siti Badriah.

Lebih mengundang kemarahan netizen apabila video berkenaan dimuat naik di laman sosial Instagram milik Faiz pada 1 Ramadan, hari pertama umat Islam menjalani ibadah puasa.

Tidak hanya mengundang kecaman ramai, Faiz malah turut ditegur pendakwah muda, Da’i Wan menganggap Faiz tidak mahu mendengar nasihat berhubung tindakannya.

6. Mohammad Adib Mohd Kassim

Berehatlah, Adib.

Berita tentang kecederaan Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang parah dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya dan akhirnya meragut nyawanya begitu meruntun jiwa masyarakat Malaysia.

Pada 27 November lalu, Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dipercayai dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya. Dia kemudiannya dimasukkan ke unit jagaan rapi di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby, Subang Jaya, kira-kira 1 pagi, sebelum dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, pada keesokan malamnya.

Terdahulu prestasi Adib semakin merosot dan fungsi paru-parunya mengalami penurunan. Pada 17 Disember Muhammad Adib Kassim telah menghembuskan nafas terakhirnya di IJN pada jam 9.41 malam dan dikebumikan di Kampung Tebengau Tepi Laut, Kuala Kedah di Kedah.Semoga roh Adib dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

7. Harvinth Skin

Tahun yang cemerlang buat personaliti media sosial, Harvinth Skin apabila video aksi 'melarikan kasut' di butik JD Sports Pavilion tular seluruh dunia. Video tersebut menunjukkan aksi dia sedang mencuba sepasang kasut sukan dan kemudian berlari pecut keluar dari premis tersebut sebelum berpatah balik dengan riak wajah bersahaja

Video berdurasi 45 saat itu sehingga kini telah mendapat 24 juta tontonan dengan 500 ribu perkongsian. Kejadian tersebut berlaku terlalu pantas dan kelihatan seorang jurujual yang melayan pemuda berusia 25 tahun itu turut berlari mengejarnya kerana menyangka Harvinth mahu mencuri kasut tersebut.

Diinspirasikan daripada rakaman seorang lelaki dari luar negara yang turut melakukan aksi sama, dia tidak merakamkan aksi itu sekadar untuk suka-suka kerana tetap membeli kasut tersebut selepas tindakannya telah membuatkan kakitangan terbabit cemas.

8.Mohd Ishak Abdillah Ngah

"Allahuakbar, Abang Aziz jatuh bot!". Dialog ini popular sekitar hujung 2018. Seorang wartawan TV3, Mohd Ishak yang membuat liputan tinjauan banjir di Kampung Merbau Menyusut di Setiu, Terengganu mendapat perhatian netizen bukan kerana laporannya namun gelagatnya yang terkejut apabila jurukameranya tiba-tiba terjatuh dari bot.

Dia kemudiannya terkejut dan bertakbir setelah menyedari kejadian itu. Bagaimana keadaan Abang Aziz selepas itu? Abang Aziz ok.