Lifestyle
8 Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan Tudung Naelofar Scarf - Maya
Koleksi tudung bawal semakin menjadi fenomena kini terutamanya yang bercorak. Mahu mengikuti arus fesyen hijabista membuatkan Naelofar Hijab mengeluarkan koleksi Naelofar Scarf - Maya dimana buat pertama kalinya jenama terkemuka ini mengeluarkan koleksi bawal bercorak yang diberi nama, Maya. Mula berada di pasaran pada 19 Julai yang lalu, koleksi Maya memberi variasi kepada para hijabista kerana coraknya yang menambat hati.
Menurut Neelofa, "perancangan kami untuk mengeluarkan koleksi scarf sebenarnya dah lama tapi lepas raya 2017 ni baru kami mahu lancarkan koleksi ini. Lagipun inilah pertama kalinya kami menggunakan material satin. Insyallah pada saya ini permulaan yang baik bagi Naelofar Hijab dan kami mahu mencuba pelbagai benda baru lagi selepas ini".
Mengambil masa beberapa bulan untuk menyiapkan keseluruhan koleksi, kami berkesempatan melihat sendiri pelancaran koleksi maya ini berlangsung dan begitu tertawan dengan corak dan material yang digunakan. Jadi, apa anda tunggu lagi?
8 sebab mengapa anda perlu mendapatkan Naelofar Scarf - Maya
1. Tudung ini hadir dalam material satin dan eksklusif satin pertama yang diperkenalkan oleh Naelofar Hijab. Pasti anda terbayang material satin agak 'degil' untuk digayakan tetapi tidak pada Maya, lapisan dalamnya dari jenis 'matte' dan kesat jadi ia memberikan anda bentuk yang kekal apabila dipakai.
2. Koleksi Maya terdiri dari empat warna yang eksklusif iaitu Maya Ivory (putih), Maya Slate (kelabu), Maya Azure (biru) dan Maya Fushia (merah jambu). Dengan empat pilihan warna ini, mudah untuk anda mendapatkan kesemua koleksi Maya. Pemilihan empat warna terang ini bersesuaian dengan imej wanita berani, lantang dan berkeyakinan.
3. Tidak seperti koleksi jenama tudung yang lain yang turut mengeluarkan tudung jenis scarf, Maya menampilkan motif flora tropika dengan gabungan rekaan seni kontemporari yang cukup elegan tidak kira siapa pun pemakainya.
4. Hadir dalam dua pilihan, anda boleh memilih Maya dalam material satin biasa ataupun koleksi terhad Maya bertatahkan Swarovski pada permukaan tudung. Maya biasa boleh digunakan dalam aktiviti harian manakala Maya Swarovski sesuai digayakan jika ada majlis makan malam ataupun majlis istimewa.
5. Anda boleh memiliki Maya dengan harga mampu milik. Maya biasa berharga RM75 dan Maya Swarovski pula berharga RM95. Anda boleh dapatkannya di butik Naelofar Hijab Taman Tun Dr. Ismail, butik Naelofar Hijab Publika, stokis Naelofar Hijab serta secara online di sini.
6. Koleksi Maya kali ini dicetak sebanyak 10,000 helai bagi yang biasa manakala 1,000 helai bagi Maya Swarovski. Namun anda jangan risau jika kehabisan stok kerana Naelofar Scarf akan mengeluarkan banyak lagi koleksi selain dari Maya.
7. Tudung bawal bercorak menjadi trend bagi para hijabista kini. Dengan memakai koleksi ini, anda boleh mengenakan pelbagai jenis gaya antaranya ikatan ketat di leher, ikatan longgar, ikatan turban dan juga boleh digunakan digayakan seperti ikatan selendang.
8. Nama Maya itu sendiri tertera sisi kelembutan, feminin dan elegan. Jadi apa si pemakai mengayakan koleksi Maya ini, ditambah dengan penggunaan warna yang terang, anda pasti menjadi tumpuan.
Must-Watch Video