Lifestyle
8 Situasi Rakyat Malaysia Yang Suka Mengembara
Adakah anda sering mengembara ke luar negara? Bagi anda yang kaki jalan, anda pasti pernah berhadapan dengan situasi-situasi ini ketika melangkahkan kaki ke luar negara.
1) Kadar tukaran wang
Dengan nilai Ringgit Malaysia yang tidak menentu sekarang, anda pasti berkira-kira berapakah yang harus ditukar dan dibelanjakan. Pernah sekali seorang teman ke Kemboja dan tidak mengetahui mereka menggunakan USD berbanding matawang sendiri. Jadi dia menukar RM850 dan hanya mendapat USD200 untuk dibelanjakan selama 6 hari. Tabahlah.
2) Ayam dan itik bercakap
Apabila anda ke negara yang tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dan anda juga tidak tahu bercakap dalam bahasa kebangsaan mereka, pastinya bahasa isyarat tangan banyak digunakan apabila mahu bertanyakan sesuatu. Mulalah seperti ayam dan itik bercakap, tidak faham diantara satu sama lain. Seorang teman pernah ke Thailand dan membeli sesuatu di 7 Eleven. Tiada seorang pun cashier di situ yang boleh berbahasa Inggeris. Mereka hanya berkata 'no speak' lalu membuat hal sendiri.
3) WiFi adalah anugerah
Apabila menggembara, ada sesetengah orang yang suka membuat data roaming. Ada juga yang terus membeli simkad number telefon di negara tersebut dan ada juga kategori pengembara yang mengharapkan pada WiFi. Jadi jika keluar sahaja daripada hotel, setiap kali pergi ke club atau ke restoran, soalan pertama ditanya pastilah password WiFi?
4) Nasi Lemak Antarabangsa?
Benda pertama yang pastinya akan dirindui selain orang tersayang, tentulah makanan Malaysia! Hello, dah 25 tahun hidup dengan makanan enak di Malaysia, sudahnya baru 3 hari di Korea, anda mencari nasi lemak sebab semua makanan tak kena dengan tekak. Kalau ada pun nasi lemak sesat di restoran sana, rasa pasti tak sama. Mulalah anda pun bercita-cita tinggi nak buka kedai jual nasi lemak kat sana. Ada seorang teman yang baru pulang dari Switzerland, terus mencari kedai mamak terdekat dan makan nasi kandar. 11 hari kempunan katanya.
5) Teruja jumpa orang Malaysia
Kalau anda ke destinasi yang agak rare, memang rasa excited lebih bila ternampak orang senegara dengan anda. Anda boleh berkongsi cerita, info dan pengalaman bersama dengan mereka. Tapi kalau pergi tempat yang tujuan utamanya untuk shopping macam Ho Chi Minh City atau Bandung, memang pusing kiri, kanan, depan, belakang, penuh orang Malaysia. Mulalah anda rasa tak eksklusif.
6) Berkira hari nak balik
Tidak semua ada pengalaman yang menarik ketika bercuti. Mungkin anda berdepan dengan pelbagai dugaan dan cabaran ketika bercuti sehingga membuatkan anda tidak sabar untuk pulang. Pasti ada yang pernah berdepan dengan situasi yang mencemaskan ketika bercuti di luar negara dan sehingga membuatkan diri tak sabar untuk pulang ke Malaysia untuk menyelesaikan segala urusan.
7) Ikut resam orang
Kalau dah pergi negara orang, perlulah ikut undang-undang, budaya dan citarasa mereka. Jangan nak bawa kepala angin anda ke negara orang dan buat macam negara sendiri. Ikut sahaja seperti apa masyarakat disana lakukan. Mereka juga akan melakukan perkara yang sama jika berkunjung ke Malaysia. Di India, seorang teman terperanjat apabila berlaku depan mata, ada orang kaya dalam kereta yang menabur wang di jalan raya dan membuatkan ramai orang berkerumun untuk mengutip duit tersebut. Woahhhh!
8) Cinta pada Malaysia
Sejauh mana pun anda pergi, selama mana pun anda mengembara, tidak akan sama rasanya dengan negara sendiri. Budaya, bahasa, masyarakat, makanan, adat dan peraturan yang kita amalkan sejak lahir, tidak boleh hilang atau bertukar ganti hanya dengan penggembaraan anda ke luar negara. Tiada negara lain yang seumpama Malaysia dan berbanggalah dengan tanahair anda sendiri.