Dalam banyak-banyak kolaborasi, berkemungkinan ini antara yang dinanti ramai khususnya buat penggemar siri Dragon Ball.

Tipulah kalau tidak mengenali siri Anime ini kerana setiap 9 pagi, kanak-kanak 90-an sudah terpacak depan televisyen (TV).

Masih ingat lagi?
Tidak cukup dengan siri kartun di TV, komik pun habis dikumpulnya. (Turut dikenali sebagai Mutiara Naga)

Namun, bukan siri kartun ini yang menjadi perbualan netizen sejak akhir ini, sebaliknya kolaborasi antara Adidas dan Dragon Ball yang bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Adidas ZX500 RM Son Goku.
Ketirisan kotak daripada beberapa model kasut ini juga menjadikan peminatnya, baik Adidas mahupun Dragon Ball tidak senang duduk.

Antaranya adalah model Yung 1 dan ZX 500 mewakili watak Frieza dan Son Goku. Biarpun Adidas masih belum mengumumkan tarikh rasmi pelancaran model ini, namun ia dijangka dipasarakan selewat-lewatnya penghujung tahun ini.

Adidas Yung-1 Frieza
Berkemungkinan ia dijual pada harga sekitar RM615 (mungkin lebih) sepasang.