Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
LIFESTYLE

Adik Zayn Malik, Waliyha Azad Kini Pilih Untuk Tampil Berhijab

Azwa Rahman 27/07/2017 | 04:36 MYT
Jika anda tidak mengenali adik kepada bekas ahli kumpulan One Direction, Zayn Malik iaitu Waliyha Azad, dia kini sudah tampil berhijab di laman Instagramnya. Waliyha, 19 tahun sebelum ini pernah tampil dalam video muzik One Direction menerusi lagu Story of My Life.

Mempunyai 763,000 pengikut di Instagramnya, pemakaian hijabnya masih tidak konsisten kerana ada beberapa keping gambar yang menunjukkan dia masih selesa tidak berhijab dan ada beberapa gambar yang menunjukkan pemakaian hijabnya masih tidak sempurna.

Netizen turut mengecam tindakan Waliyha yang masih menunjukkan anak rambutnya walaupun telah berhijab. Mungkin atas sebab itulah Waliyha memilih untuk menutup ruangan komen di Instagramnya untuk semua pengikutnya.

Jangan terus menghukum dan mengecam, marilah kita bersama-sama mendoakan yang terbaik buat dirinya.

#Hijab #Hijab