LIFESTYLE
Ain Tetap 'Sado' Meskipun Tampil Imej Bertudung
Wanita berbadan sasa mungkin dianggap pelik apabila kecantikan semula jadi mereka dikatakan sudah hilang pada pandangan mata lelaki. Namun, Fatin Nur Ain Ramli membuktikan bentuk tubuh badannya yang sasa menjadikan dirinya bertambah sihat meskipun tampil dengan imej bertudung.
Aktif melakukan aktiviti senaman di gimnasium, gadis berusia 25 tahun ini yang dianggap 'sado' tidak mempedulikan kritikan orang lain terhadapnya sebaliknya menyampaikan maklumat yang positif dan berguna untuk kekal sihat.
Menurutnya, dia mahu menunjukkan diri pada orang lain agar melihat aktiviti kecergasan yang dilakukan dengan bersungguh-sunguh dapat menjadikan seseorang itu lebih sihat. Apa yang menarik perhatian netizen, Ain adalah seorang jurulatih kecergasan meskipun menampilkan imej bertudung.
Menerusi akaun Instagramnya, @ainramli, dia turut berkongsi video aktivitinya melakukan senaman di gimnasium. Dia yang dikecam netizen kerana tidak menggunakan pakaian yang lebih sesuai yang longgar sebagai seorang muslimah berpandangan pakaian senaman sebenarnya direka dengan fungsinya.
Jelasnya, dia tidak berpakaian ketat selama 24 jam dan berpandangan masyarakat tidak faham pakaian untuk senaman sehingga memberikan komen kasar. Malah, mereka yang terbabit dalam bidang kecergasan lebih memahami berbanding golongan Melayu yang bersikap tipikal, katanya seperti dilaporkan The Malay Mail Online.
Must-Watch Video