Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

AirAsia Buat Hal Lagi Dengan Jualan Hebat Akhir Tahun

Azwa Rahman
02/10/2017 09:19 MYT

Rancang percutian akhir tahun? Rebutlah peluang untuk mendapatkan tambang rendah melalui Promosi Akhir Tahun AirAsia! 

Nikmati tambang serendah dari RM39 ke destinasi seperti dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Sihanoukville, Luang Prabang, Pattaya, Shantou, Kalibo (Boracay), Visakhapatnam, serta dari RM79 dari Kuching ke Langkawi dan Pontianak, juga serendah dari RM169 dari Johor bahru ke Macau dan Kolkata melalui penerbangan AirAsia (kod penerbangan AK). 

Tetamu yang terbang melalui penerbangan AirAsia X (kod penerbangan D7) pula boleh menikmati tambang dari RM279* dari Kuala Lumpur ke Perth, Taipei and Shanghai serta ke pelbagai destinasi lain meliputi lebih 120 destinasi di Asia, Australia, dan New Zealand, Timur Tengah dan Amerika Syarikat. Para tetamu juga boleh menikmati Premium Flatbed AirAsia X yang telah mendapat pelbagai pengiktirafan dari RM699* dari Kuala Lumpur ke Perth, Taipei, dan banyak lagi. 

Para tetamu yang terbang bersama anak-anak mereka juga boleh membuat pra-tempahan bagi hidangan baharu edisi terhad Ejen Ali Lil’ Star Combo dengan hanya RM10 untuk penerbangan AirAsia (kod penerbangan AK) dan RM15 untuk penerbangan AirAsia X (kod penerbangan D7) di airasia.com. Hidangan kombo ini menyajikan piza ayam mini, minuman dan snek istimewa yang bukan sahaja menyelerakan malah menceriakan pengalaman perjalanan anak-anak anda. 

Tempah dari 2 Oktober 2017 hingga 15 Oktober 2017 untuk tempoh perjalanan dari 2 Oktober 2017 hingga 31 Mac 2018 di airasia dan aplikasi mudah alih AirAsia untuk menikmati tawaran ini.

#Travel #travel